• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ternakan Asia 2018 Dapat Sambutan Baik Pempamer

oleh AK-47
20/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pameran Ternakan Asia 2018 selama tiga hari, mendapat sambutan positif daripada pempamer hari ini, dengan mereka yang terlibat berinteraksi dengan penggiat industri bagi mengenal pasti peluang perniagaan selain menjalin rantaian.

Ada yang memperoleh sokongan padu daripada pelanggan berpotensi dan merancang meluaskan perniagaan mereka dalam pasaran baharu.

Pameran Industri makanan ternakan dan daging antarabangsa terkemuka di Asia, dari 19 hingga 21 April 2018 itu berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Pengarah CAB Corp Bhd (Bahagian Pemprosesan Makanan), Vincent Leong Weng Fai, berkata kumpulan itu mendapat kenalan baharu setiap kali ia menyertai pameran berkenaan.

“Ada beberapa pertanyaan dari luar negara mengenai bekalan kami.

“Jadi inilah peluang yang kita dapat apabila menyertai pameran ini. Kami mendapat pelanggan baharu dari Indonesia dan Vietnam,” katanya kepada Bernama News Channel.

Beliau berkata kumpulan yang membekalkan ayam, menjalin usaha sama dengan Salim Group dalam pameran sebelumnya, dan hasilnya mereka menubuhkan usaha sama membuka ladang ayam di Indonesia tahun depan.

Kumpulan Salim beroperasi di Indonesia dengan lebih dari 11,000 kedai serbaneka Indomaret dan mengurus operasi lebih 500 restoran Kentucky Fried Chicken.

Leong berkata kumpulan itu juga merancang meneroka pasaran baharu seperti Jepun dan Papua New Guinea.

Timbalan Pengurus Besar Guangzhou Guanxing Poultry Equipment Group Co Ltd, Josh Zhou, berkata kumpulan itu mengambil bahagian dalam pameran sejak 2007.

Syarikat itu mengedar peralatan ayam automatiknya ke pasaran Malaysia menerusi platform ini, katanya.

“Kami mendapat beberapa bakal pelanggan semalam, bukan hanya dari Malaysia malah dari negara lain di Asia Tenggara,” kata Zhou.

Kumpulan Guangxing menjalin hubungan kerjasama perdagangan yang baik dengan Amerika Syarikat, Perancis, Jerman, Itali, Belgium, Belanda, Kanada dan Israel.

Sementara itu, permintaan yang semakin meningkat ke atas makanan haiwan mendorong pengeluar yang terlibat memperkukuh penghaslan makanan haiwan dengan menambah nutrisi yang diperlukan.

Justeru, pameran ini juga mengetengahkan penyelesaian kesihatan haiwan secara menyeluruh oleh pelbagai syarikat.

Seorang peserta pameran, Rhone Ma Holdings Bhd, berkata syarikat itu mahu memperluas produk baharunya, Citrex Powder, bagi meningkatkan produktiviti ternakan, ke Singapura dan Brunei.

Pengarah Pemasaran dan Teknikalnya Dr Karen Yip Lai Siong, berkata syarikat itu kini memberi tumpuan kepada produk yang sesuai, terutama bagi mematuhi keselamatan makanan.

“Jadi kita menjurus kepada produk bukan kimia dan bukan antibiotik … bagi mengurangkan penyakit,” kata Yip.

Beliau berkata platform Ternakan Asia membantu syarikat tempatan menjalin usaha sama dengan syarikat antarabangsa lain bagi mengedarkan produk kesihatan haiwan ke negara lain di Asia.

Terdapat kira-kira 212 pengeluar tempatan, serantau dan global serta pengedar di pameran itu.

Edisi kesembilan pameran ini menyasarkan nilai transaksi sebanyak RM200 juta, atau kira-kira 20 peratus lebih tinggi daripada acara sebelumnya.

Ia juga bertujuan menarik 7,000 pelawat dan pelawat perdagangan domestik dan asing dari 31 negara peserta, termasuk Malaysia, China, Jerman, Singapura, Taiwan dan Britain. – BERNAMA

Tags: ternakan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Ternak Ayam Dan Babi Dalam Satu Ladang’

‘Ternak Ayam Dan Babi Dalam Satu Ladang’

12/07/2023
0

PUTRAJAYA: Sebuah ladang babi dekat Seberang Perai, didapati melanggar Peraturan-Peraturan Pelesenan Penternakan Babi (Pulau Pinang) 2020 selepas dikesan menternak haiwan...

Ratusan Ternakan ‘Mangsa’ Bah Diselamatkan Di Terengganu

Ratusan Ternakan ‘Mangsa’ Bah Diselamatkan Di Terengganu

22/12/2022
2

PUTRAJAYA: Kebimbangan ratusan ekor ternakan di beberapa lokasi yang dilanda banjir buruk di Terengganu berakhir apabila mereka berjaya dipindahkan ke...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd