• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

28,356 Pengundi Berdaftar Bagi Kerusi Labuan

oleh AK-47
20/04/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LABUAN – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah merekodkan seramai 28,356 pengundi berdaftar di kerusi Parlimen Labuan dan mereka layak mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 9 Mei.

Timbalan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Labuan, Awang Marten Abd Rahman berkata, daripada jumlah itui, 2,309 orang ialah pengundi awal terdiri daripada anggota tentera dan polis, lima orang ialah pengundi pos yang bermastautin di luar negara dan 26,042 pula merupakan pengundi biasa.

Beliau berkata demikian pada Majlis Taklimat PRU14 di Kolej Matrikulasi Labuan di sini hari ini.

Marten berkata pegawai pilihan raya Labuan EC yang mempunyai 44 petugas termasuk anggota polis sudah bersiap siaga bagi menghadapi pilihan raya dari segi peralatan dan persiapan tempat-tempat mengundi.

“Untuk kawasan Parlimen Labuan, terdapat 17 Pusat Daerah Mengundi (PDM) yang mempunyai 51 saluran untuk pengundi biasa manakala bagi pengundian awal, terdapat dua PDM yang mempunyai empat saluran mengundi,” kata Marten.

Beliau juga berkata ada 17 sekolah yang terlibat dalam proses pengundian dan dua daripadanya ialah Kolej Matrikulasi Labuan dan Kolej Vokasional Labnuan.

Menurut Marten, SPR turut menyediakan kemudahan bagi pengundi Kurang Upaya (OKU) dan golongan warga emas termasuk kerusi roda selain petugas khas iaitu Pemandu Arah Pusat Mengundi akan membantu golongan kurang upaya dan warga emas untuk mengundi

Ketua Polis Labuan Superintendan Muhamad Farid Ahmad berkata seramai 287 anggota polis terlibat semasa PRU14 dan menambah cuti bagi semua pegawai dan anggota telah dibekukan bagi memastikan PRU14 berjalan lancar.

Beliau mengingatkan penyokong parti-parti politik agar dapat mematuhi etika pilihan raya dan membantu memastikan keamanan dan ketenteraman semasa pilihan raya berlangsung. – BERNAMA

Tags: Awang Marten Abd Rahmanpengundi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Kesal Dengan UMNO, ‘ADUN Seri Kembangan Sampaikan Pandangan Pengundi’

Lim Guan Eng Kesal Dengan UMNO, ‘ADUN Seri Kembangan Sampaikan Pandangan Pengundi’

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Guan Eng mendakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki tidak...

PRK Mahkota: Zahid Akui Undi 50 Peratus Pengundi Luar Cabaran Buat BN

PRK Mahkota: Zahid Akui Undi 50 Peratus Pengundi Luar Cabaran Buat BN

14/09/2024
0

KLUANG - Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengakui undi melibatkan kira-kira 50 peratus pengundi yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd