• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kucing Balik Ke Rumah Selepas Lima Hari Dalam Kubur

oleh
29/01/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

MIAMI — Mungkin ada sesetengah orang mempercayai mitos kononnya kucing memiliki sembilan nyawa sekali gus mendedahkan keajaiban usia haiwan mamalia ini mampu hidup lebih lama meskipun mengalami pelbagai detik cemas.

Itulah yang berlaku di Tampa, Florida dekat sini apabila seekor kucing jantan bernama Bart dipercayai pulang semula ke rumah tuannya, Ellis Hutson, 52, selepas lima hari dikebumikan di kubur haiwan tempatan, lapor stesen televisyen Fox13.

Asalnya kucing berwarna hitam putih itu dijumpai tuannya di tepi jalan raya dalam keadaan berlumuran darah akibat dilanggar kereta lebih seminggu lalu, malah menderita trauma di kepala, patah rahang dan sebelah matanya pula hancur.

Ellis segera membawa Bart ke sebuah klinik haiwan berhampiran, namun doktor veterinar yang merawat kucing tersebut mendakwa, mamalia itu gagal diselamatkan dan terus mengisytiharkan Bart sebagai sudah pun meninggal dunia.

Sedih dengan kematian kucing kesayangannya itu, dia menanam Bart di sebuah tanah perkuburan haiwan peliharaan penduduk tetapi pada masa sama naluri lelaki itu yakin, mamalia itu akan keluar dari kubur jika umurnya masih panjang.

Jangkaan Ellis memang tepat, kucing yang dibelanya sejak kecil lagi itu tiba-tiba muncul di rumahnya dan hanya merengek manja meminta sedikit makanan kerana mungkin berasa terlalu lapar akibat terpaksa berjalan kaki agak jauh.

Petugas di Pusat Komuniti Kemanusiaan Tampa Bay yang kini merawat Bart buat sementara waktu mendakwa, kucing tersebut kemungkinan berjaya mengais tanah yang menutup tubuhnya sebelum lolos keluar dari dalam kubur.

Bart dipercayai telah bersembunyi selama beberapa hari di rumah jiran kerana ada laporan mendakwa, kucing itu dilihat merayau-rayau sebelum menguatkan semangat dirinya untuk balik semula ke kediaman Ellis. – Agensi

Tags: FloridakuburkucingMATIRumah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Disaran Tanam Sayur Sendiri Hadapi Impak Global

Rakyat Disaran Tanam Sayur Sendiri Hadapi Impak Global

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia diseru menanam sendiri sayur-sayuran bagi menangani impak rantaian bekalan makanan global akibat konflik di Asia...

“Insiden Berdarah di Perairan Cuba, Bot AS Jadi Sasaran Tembakan….Empat Maut”

“Insiden Berdarah di Perairan Cuba, Bot AS Jadi Sasaran Tembakan….Empat Maut”

26/02/2026
0

HAVANA – Sekurang-kurangnya empat individu dilaporkan maut selepas pengawal sempadan Cuba melepaskan tembakan ke arah sebuah bot laju berdaftar Florida...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd