• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengulas Ini Kesal Azan Jadi Latar Tarian Separa Bogel

oleh
19/04/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SETAHUN lalu, dunia Islam gempar apabila sebuah kelab malam di Tunisia diarah tutup setelah tular rakaman DJ premis hiburan itu biadab memainkan irama remix disko dengan suara azan.

Awal Februari lalu pula, umat Islam dikejutkan dengan tindakan tegas Arab Saudi ‘gam’ seorang penulis terkenal tempatan kerana kutuk azan Subuh yang dianggapnya sebagai ganggu penduduk tidur nyenyak waktu tersebut.

Namun sebelum itu, netizen Barat pula kecoh dengan aksi spontan pengadil terbaik dari Britain, Mark Clattenburg yang berhijrah ke Arab Saudi; apabila mengentikan perlawanan bola sepak di stadium ketika azan berkumandang.

Bagaimanapun kali ini seorang pengulas sukan popular saluran Astro Arena, Akbar Saharie berkongsi pengalaman pahit apabila terserempak dengan sebuah persembahan dengan azan dijadikan latar untuk tarian separuh bogel.

Pada awalnya beliau mengakui terpegun kerana didengarkan laungan azan di atas pentas yang dibina di tengah-tengah pekan kecil di Broadbeach, Australia tetapi terkejut apabila mendapati ia untuk persembahan hiburan.

Baca: Pengadil Bukan Islam Henti Perlawanan Hormati Azan

Serta: Angkasawan Apollo 1969 Dengar ‘Azan’ Di Angkasa

Juga: Saudi ‘Gam’ Penulis Kutuk Azan Ganggu Tidur

“Saya sangat marah dan kesal terhadap rasa tidak hormat kerajaan tempatan biar artis mereka ini hina agama Islam. Laknatlah engkau wahai kaum kafir!!!” tulisnya bersama video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.

Akhbar yang pernah menjadi penyampai berita itu juga mendakwa walaupun terpegun pada awalnya, beliau sangsi apabila azan itu dilaungkan di luar waktu sembahyang yang sebenarnya, iaitu sebelum masuk waktu fardu Zohor.

Insiden tersebut berlaku ketika beliau sedang membuat liputan acara Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast pada 10 April lalu dan rakaman kejadian dirakamkan itu meraih perhatian luas netizen apabila ditonton lebih 160,000 kali.

“Saya dalam perjalanan ke IBC (pusat penyiaran antarabangsa) untuk kerja dan terdengar laungan azan. Saya ingat ia dilakukan secara jujur tetapi terkejut apabila dapati jadi ‘muzik’ intro kumpulan penari bogel buat persembahan.

“Keliru bagaimana ia boleh diluluskan atau tidak dipedulikan apatah lagi persembahan pentas ini pula merupakan sebahagian festival bersempena dengan Sukan Komanwel,” tambah Akhbar lagi. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: azansolatSukan Komanwel
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tunku Mahkota Ismail Minta Mesyuarat Ditangguhkan Hormati Azan

Tunku Mahkota Ismail Minta Mesyuarat Ditangguhkan Hormati Azan

29/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail mengambil peluang melontarkan pelbagai kritikan dan teguran berhubung keadaan...

Pemergian Suara Azan Yang Dikenali, Ustaz Abu Bakar Sairi Kembali Ke Rahmatullah

Pemergian Suara Azan Yang Dikenali, Ustaz Abu Bakar Sairi Kembali Ke Rahmatullah

27/03/2026
0

Oleh Mynewshub   SHAH ALAM, 27 Mac – Seorang tokoh yang dikenali melalui alunan azan yang merdu di pelbagai aplikasi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd