• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Dadah RM3 Juta

oleh AK-47
20/04/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NILAI – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menggagalkan cubaan menyeludup 50 kilogram (kg) dadah jenis ketamine bernilai RM3 juta, yang disorokkan di bahagian belakang almari.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasa dan Pematuhan), Datuk Zulkifli Yahya berkata tiga suspek lelaki, dua warga tempatan dan seorang warga Pakistan, berusia 27 hingga 42 tahun, telah ditahan di dua lokasi berasingan.

“Pada 8 April lepas, risikan anggota kami mendapati ada dua lelaki yang mengambil sebuah almari dari kontena yang datang dari sebuah pelabuhan di Karachi, Pakistan, sebelum memasukkan almari itu ke dalam but kereta jenis Proton Wira.

“Anggota kemudian mengekori kedua-dua suspek ini sebelum menahan mereka di tepi jalan dan hasil pemeriksaan menemukan 25 bungkusan mengandungi serbuk putih disorokkan di bahagian belakang almari kayu tersebut,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Zulkifli berkata serbuk putih itu disyaki dadah jenis ketamine dengan berat kasar anggaran 25kg bernilai RM1.5 juta.

Hasil soal siasat ke atas kedua-dua suspek, pihak JKDM mengesan sebuah lagi almari di stor penyimpanan di Pelabuhan Klang, Selangor pada petang hari yang sama.

“Hasil pemeriksaan ke atas almari kayu itu turut menjumpai 25 bungkusan dadah seberat 25kg bernilai RM1.5 juta, disorokkan di bahagian belakang almari kayu tersebut,” katanya.

Zulkifli berkata siasatan lanjut, pihaknya telah menahan seorang lagi suspek warga tempatan yang disyaki terlibat dalam sindiket tersebut, pada Selasa lepas.

Ketiga-tiga suspek telah direman selama 14 hari dari tarikh tangkapan dan kes disiasat di bawah Seksyen 32B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dengan rotan tidak kurang daripada 15 sebatan. – BERNAMA

Tags: Datuk Zulkifli YahyaSeludup Dadah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Banduan Seludup Dadah Ke Penjara Marang, Peguam Ditahan Bantu Siasatan

Banduan Seludup Dadah Ke Penjara Marang, Peguam Ditahan Bantu Siasatan

01/01/2026
0

KUALA TERENGGANU: Seorang peguam ditahan selepas disyaki bersubahat dengan banduan untuk menyeludup masuk dadah ke Penjara Marang, dekat sini. Ketua...

Tujuh Kes Cubaan Seludup Dadah Ke Penjara Guna Dron

Tujuh Kes Cubaan Seludup Dadah Ke Penjara Guna Dron

12/08/2024
0

KUALA LUMPUR : Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan tujuh kes cubaan menyeludup dadah menggunakan dron ke dalam penjara seluruh negara,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd