• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Stesen TV Suruh Buka Niqab, Fynn Tetap Pendirian

oleh
19/04/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JIKA dilihat secara kasar, bilangan selebriti wanita berniqab tidaklah ramai sehingga menyebabkan sebuah stesen menyuruh penyanyi Fynn Jamal membukanya jika mahu tampil di kaca televisyen.

Fynn atau nama sebenarnya Affina Yanti Jamaluddin berkongsi rasa kecewanya di entri akaun Instagram miliknya berkaitan isu itu, walaupun sebelum ini dia tiada masalah ketika tampil di sebuah program dengan imej berkenaan.

“Aku tak faham macam mana tidak konsistennya stesen TV dengan aku. Kejap boleh kejap tak boleh. Masa tak boleh tu… dia guna alasan rakyat. Aku jadi blur. Hari tu aku baru nampak orang berniqab di TV. Tak ada masalah pun?

“Dari dulu aku dah memang cakap aku tak akan buka (purdah), jadi bila aku pernah masuk TV berniqab, aku fikir dah selesai tapi sekarang kena buka balik pula. keliru!” tulisnya panjang lebar.

https://www.instagram.com/p/BhsZS-8BIZQ/?taken-by=fynnjamal

Malah, Fynn turut tidak dapat menerima alasan tidak masuk akal pihak stesen televisyen berkenaan hanya kerana rakyat tidak dapat menerima wanita yang berniqab, dia tepaksa membuka imej identiti dirinya itu.

Dalam masa yang sama, kebanyakan peminatnya turut bersetuju dengan tindakan Fynn mengeluarkan kenyataan berikut kerana beranggapan ia sebagai perkara yang tidak masuk akal.

Ibu kepada dua orang anak angkat itu juga menegaskan bahawa jika seseorang itu memakai pakaian mematuhi syar’ie, tidak semestinya mereka tidak boleh melakukan apa-apa aktiviti yang bersesuaian.

Bagaimanapun, ada sesetengah netizen ‘makcik bawang’ yang menggunakan akaun palsu semata-mata untuk mengecam tindakan Fynn dan menyuruh dia hanya duduk di rumah dan lebih mendekatkan diri dengan Tuhan.

“Terima kasih untuk jawapan-jawapan bancian malam tadi. Statistik menunjukan 99 peratus tidak bersetuju dengan apa yang stesen TV katakan.

“Jadi bila buat bancian semalam dapat tanya jawpan terus daripada rakyat. Tapi ada seorang dua saja aku sekat sebab alasan dia ‘dah berniqab pergi duduk rumah baca Al-Quran la’.

“Beb, kalau tak pakai niqab pun kena baca Al-Quran la,” tulisnya lagi.

Fynn merupakan seorang penulis, penyanyi dan kadang-kala dia turut berdakwah secara umum di akaun Instgaram miliknya.

Sekitar 10 tahun lalu, Fynn telah mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan hatinya, Tri Hadzir namun mereka masih belum dikurniakan cahaya mata.

Tetapi berkat kesabaran dan doa yang tidak pernah putus, Fynn dan Tri telah buat keputusan untuk mengambil sepasang anak angkat iaitu Bakti Arjuna Fitri, 6, dan Sakti Kencana Fitri, enam bulan. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: Fynn JamalNetizen
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hati Rakyat Tersentuh, Foto Sayu YDP Agong Undang Sebak

Hati Rakyat Tersentuh, Foto Sayu YDP Agong Undang Sebak

22/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Hantaran di laman media sosial rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menyentuh hati ramai apabila baginda berkenan menziarahi...

“Dah Kena Viral Baru Mengelabah” – Kenyataan TNB Terima Reaksi Sinis Netizen

“Dah Kena Viral Baru Mengelabah” – Kenyataan TNB Terima Reaksi Sinis Netizen

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Penjelasan Tenaga Nasional Berhad (TNB) berhubung isu sebuah keluarga di Kuala Sat, Jerantut yang hidup tanpa bekalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd