• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2,000 Pasang Cermin Mata Diagihkan Percuma Penduduk

oleh AK-47
19/04/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Sebanyak 2,000 pasang cermin mata diagihkan secara percuma kepada penduduk di sekitar Pusat Daerah Mengundi (PDM) Rantau pada satu majlis di sini, hari ini.

Menteri Besar merangkap pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata ia bagi membantu mereka yang mengalami masalah penglihatan serta kurang berkemampuan.

“Dahulu kita pernah membuat kajian dengan kerjasama Universiti Malaya (UM) yang mendapati ramai penduduk menghadapi masalah penglihatan terutama warga emas yang tinggal di kawasan kampung. Bantuan seperti ini memberi manfaat besar kepada penduduk terutama golongan di kawasan luar bandar yang memerlukan.

“Kos untuk membuat cermin mata bukannya murah dan kita memberikan bantuan ini untuk meringankan beban kewangan mereka kerana biasanya kos untuk membuat cermin mata mencecah RM400 dan ke atas. Maka atas inisiatif BN, penduduk yang memerlukan cermin mata tidak perlu mengeluarkan sebarang kos untuk membeli cermin mata,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat Kelab Tuanku, Mambau dan Kampung Bemban, di sini. Turut hadir pengarah Operasi Pilihan Raya Parlimen Rembau Datuk Azman Hasan dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seremban dan Nilai Datuk Abdul Halim Abdul Latif.

Pada majlis itu, Mohamad yang juga pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan turut beramah mesra dengan kira-kira 1,000 penduduk setempat. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mohamad Hasan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Presiden Zahid Jumpa Pemimpin UMNO Negeri Sembilan Bincang Strategi PRN

Presiden Zahid Jumpa Pemimpin UMNO Negeri Sembilan Bincang Strategi PRN

28/06/2026
0

SEREMBAN - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengadakan perjumpaan khas bersama seluruh saf kepimpinan UMNO Negeri Sembilan...

Tok Mat Jumpa Pimpinan BN Negeri Sembilan Susun Strategi PRN

Tok Mat Jumpa Pimpinan BN Negeri Sembilan Susun Strategi PRN

18/06/2026
0

SEREMBAN – Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan mula mengatur gerak kerja dan strategi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd