• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan Lelaki Bersama 744 Pil Kuda

oleh AK-47
19/04/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MARANG – Polis daerah Marang menahan seorang lelaki bersama 744 biji pil kuda dan 8.06 gram syabu bernilai RM8,246 dan wang tunai RM200 dalam satu serbuan di rumahnya, 11 April lalu.

Ketua Polis Daerah Marang, DSP Mohd Suhaimi Ali berkata lelaki berusia 23 tahun itu ditahan di Pulau Kerengga, di sini selepas mendapat maklumat orang awam yang mengesyaki suspek aktif menjual dadah sejak awal tahun lalu di sekitar daerah Marang.

“Ketika dia ditahan, polis menemui plastik berwarna hijau yang dipegang suspek mengandungi tiga plastik lut sinar dan sembilan tiub straw berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu.

“Selain itu, pihak polis turut merampas satu kotak rokok yang di dalamnya mengandungi 10 tiub straw yang setiap satu mempunyai 10 biji pil kuda manakala di dalam poket kanan seluar suspek terdapat satu bungkusan yang mempunyai tiga plastik biru dengan 200 biji pil kuda dalam setiap satu plastik dan 44 biji dalam poket sebelah kiri suspek,” katanya semasa sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang di sini hari ini.

Katanya, suspek kini ditahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sementara itu, Suhaimi berkata pihak Polis Marang berjaya mengurangkan indeks jenayah berkaitan kes curi motosikal sebanyak 67 peratus bagi tempoh Januari hingga Mac tahun ini daripada 15 kes pada tahun 2017 menurun kepada lima kes pada 2018 manakala jenayah pecah rumah daripada 13 kes pada 2017 kepada 12 kes pada tahun ini.

Katanya, antara langkah proaktif yang dijalankan bagi mengurangkan indeks jenayah tersebut termasuk mengenal pasti suspek yang terlibat dalam kes berkenaan dan berjaya menumpaskan empat kumpulan yang aktif dalam kegiatan tersebut.

Seramai 28 lelaki Melayu yang disyaki terlibat dalam kes tersebut berusia 18 hingga 25 tahun telah ditahan di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959. – BERNAMA

Tags: pil kuda
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

6,000 Biji Pil Kuda Untuk Diedarkan Kepada Penagih Di Kelantan – Polis Thailand

6,000 Biji Pil Kuda Untuk Diedarkan Kepada Penagih Di Kelantan – Polis Thailand

09/11/2024
0

Sungai Golok : Polis tidak menolak kemungkinan 6,000 biji pil kuda yang dirampas daripada enam rakyat Malaysia dalam satu serbuan...

Pelajar Tingkatan Lima Dicekup, Tak Sempat Edar 1,060 Biji Pil Kuda

Pelajar Tingkatan Lima Dicekup, Tak Sempat Edar 1,060 Biji Pil Kuda

06/08/2023
0

KOTA BHARU – Dua lelaki termasuk seorang pelajar tingkatan lima tidak sempat mengedar sebanyak 1,060 biji pil kuda bernilai RM11,660...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd