• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Garis Panduan Jakim Sumber Rujukan Sekolah Kemboja

oleh AK-47
19/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Garis panduan pengajian agama daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan menjadi antara sumber rujukan Sekolah Agama Darul Iman di Kampung Jamuan, kira-kira 350 km dari Phnom Penh, Kemboja apabila operasi pembelajaran bermula.

Ketua NGO Antarabangsa Malaysia, Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican berkata pihaknya akan mendapatkan maklumat daripada Jakim kerana beliau yakin gabungan kaedah pembelajaran daripada kedua-dua negara itu akan memberi manfaat kepada pelajar.

Perkara itu disuarakannya ketika melawat kerja-kerja pembinaan sekolah yang dijangka siap sepenuhnya Julai ini.

Kenyataan Mustapha itu dihantar kepada Bernama di sini, hari ini.

Menurutnya, sekolah yang mempunyai dua blok bangunan dan dilengkapi kemudahan asas yang selesa itu dijangka dapat menampung kira-kira 100 pelajar terdiri daripada anak-anak yatim dan anak golongan mualaf yang sebelum ini terpaksa belajar di masjid.

Dibina di tapak seluas kira-kira 0.1 hektar, kos pembinaan Sekolah Agama Darul Iman berjumlah AS$30,000 (RM120,000) itu ditaja syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri Terengganu iaitu Terengganu Inc. – BERNAMA

Tags: Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mustapha Terima Penghargaan Khas Kampung Sempadan, Kemboja-Vietnam

18/12/2018
0

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Antarabangsa telah menerima pengiktirafan di atas pelbagai sumbangan mereka kepada penduduk di Kampung...

NGO Dapat Teruskan Program Tajaan Haji Warga Kemboja

04/10/2017
0

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Antarabangsa berhasrat meneruskan program tajaan menunaikan haji khas untuk guru-guru agama warga Kemboja...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd