• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kumpulan KRU Bakal Bubar Selepas 25 Tahun ‘Beraksi’

oleh
18/04/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUMPULAN RAP terkenal iaitu KRU akhirnya menemui kata sepakat untuk membubarkan kumpulan tersebut selepas 25 tahun penubuhannya.

Memetik beberapa sumber, KRU dianggotai tiga bersaudara iaitu Datuk Norman, Yusry dan Edry bakal pengumuman pembubaran itu secara rasmi selepas konsert terakhir mereka berlangsung pada 6 Mei depan.

Menurut Norman, keputusan tersebut merupakan kata sepakat di mana ketiga-tiga mereka mempunyai perancangan tersendiri untuk meneruskan kerjaya masing-masing.

“Kami mengumumkan bahawa konsert Gergasi KRU25 adalah penampilan terakhir daripada kami. Selepas konsert yang berlangsung selama tiga hari ini, ia dibubarkan secara rasmi.

“Manakala single Tahan Lama yang akan berduet bersama Joe Flizzow merupakan single terakhir kami,” ujarnya dipetik mStar Online.

Pun begitu, Norman berkata mereka hanya bersara sebagai penyanyi namun entiti KRU sebagai sebuah syarikat media dan hiburan akan tetap beroperasi seperti biasa.

Dalam pada itu, Norman yang sebak ketika mengumumkan perkara berkenaan mengucapkan ribuan terima kasih kepada peminat yang sentiasa memberikan sokongan sepanjang tempoh penubuhan kumpulan berkenaan.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong kerjaya kami selama 25 tahun dalam industri muzik tanah air,” ujarnya.

Untuk rekod, KRU merupakan kumpulan rap yang mula ditubuhkan pada tahun 1992 dan paling diminati oleh para remaja sekitar dekad 1990-an.

Kumpulan ini telah mengembangkan lagi bidang yang diceburi dengan menubuhkan syarikat rakaman dikenali sebagai KRU Records.

Selain itu, KRU juga menubuhkan syarikat mereka sendiri iaitu KRU Studios yang mengkhususkan industri media dan hiburan di Malaysia. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: KRU
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kapal Kargo Bawa 14 Kru Karam

Kapal Kargo Bawa 14 Kru Karam

26/11/2023
0

ATHENS: Sebuah kapal kargo dengan bendera Comoros serta membawa 14 orang, dilaporkan karam di pesisir Pulau Lesbos ketika angin kencang...

Kapal Hong Kong Terbelah Dua, 27 Kru Masih Hilang

Kapal Hong Kong Terbelah Dua, 27 Kru Masih Hilang

03/07/2022
0

HONG KONG – Pihak berkuasa penyelamat Hong Kong meneruskan pencarian 27 kru kapal kejuruteraan yang karam di Laut China Selatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd