• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nik Omar Masih Lagi Ahli PAS, Dinafi Sertai PAN

oleh AK-47
19/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Anak bekas Mursyidul Am PAS, Nik Omar Nik Abdul Aziz, masih lagi menganggotai parti itu, kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan hari ini.

“Setakat yang saya tahu, saya tak pernah dengar Nik Omar isytihar masuk parti lain.

“Dalam perlembagaan PAS, apabila anda umum menyertai parti lain, secara automatik anda terkeluar daripada parti, tak perlu pecat,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Takiyuddin berkata beliau juga tidak pernah mendengar Nik Omar bercakap mengenai perkara yang bercanggah dengan perlembagaan PAS.

Beliau mengulas mengenai kedudukan Nik Omar yang dilaporkan beberapa media tempatan akan bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 atas tiket Parti Amanah Negara (PAN) iaitu parti serpihan PAS.

Media turut melaporkan Nik Omar dipetik sebagai berkata bahawa Pakatan Harapan berpeluang mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri Kelantan.

Sementara itu, Takiyuddin mengesahkan bahawa beliau akan mempertahankan kerusi Parlimen Kota Bharu yang dimenanginya ketika PRU ke-13 pada 2013.

Beliau berkata PAS juga yakin rakyat Kelantan akan tetap memberi mandat kepada PAS berdasarkan prestasi yang ditunjukkan selama ini.

“Tak ada ‘riak-tiak’ mereka nak tukar kerajaan, tak ada sebab. Berdasarkan kajian kita, kita boleh lihat gelombang sokongan dalam kalangan rakyat Kelantan. Mereka terus sokong kerajaan negeri pimpinan PAS,” katanya. – BERNAMA

Tags: Nik Omar Nik Abdul Aziz
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Yadim Tidak Wajar Dicabuli Demi Kepentingan Politik

30/03/2019
0

KUALA LUMPUR - Pergerakan Pemuda UMNO mendesak agar kerajaan menghentikan usaha merubah urus tadbir Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) yang...

Nik Omar Mulakan Tugas Sebagai YDP YADIM

20/12/2018
0

PUTRAJAYA - Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang baharu Nik Omar Nik Abdul Aziz dan timbalannya, Zolkharnain Abidin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd