• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Abam Polis Selamatkan Wanita Terjun Jambatan

oleh AK-47
18/04/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TINDAKAN pantas seorang lelaki menyelamatkan wanita yang cuba bunuh diri di Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah menerima pujian menggunung daripada pengguna di media sosial.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi tadi, lelaki yang difahamkan bekerja sebagai anggota polis bantuan itu dikatakan nekad terjun ke laut selepas melihat wanita berusia 28 tahun berkenaan terjun dari jambatan terbabit.

Usaha lelaki itu bagaimanapun berbaloi apabila dia berjaya menyelamatkan wanita berkenaan daripada lemas sebelum kedua-dua mereka diselamatkan bot nelayan tempatan di perairan Pulau Pinang.

Difahamkan, lelaki itu terpaksa berpaut pada tiang konkrit jambatan selama 20 minit gara-gara air laut mula pasang dan arus yang semakin kuat menolak mereka sehingga ke tengah laut.

Mujurlah terdapat beberapa tong ikan yang hanyut dan wanita berkenaan turut diminta agar berpaut pada tong-tong berkenaan sementara menunggu diselamatkan.

Menerusi laman Facebook, netizen sehingga kini tidak henti-henti memuji dan menyifatkan tindakan yang ditonjolkan lelaki itu selayaknya diberikan penghargaan.

Dalam pada itu jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pulau Pinang, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.13 pagi mengenai kejadian itu.

“Mangsa letak kenderaan yang dipandunya di Kilometer 9.9 jambatan terbabit sebelum terjun ke laut, namun perbuatan wanita itu disedari seorang pekerja yang kebetulan membuat tugas rondaan.

“Polis bantuan itu antara individu terawal sampai ke tempat kejadian, bertindak nekad terjun ke laut bagi menyelamatkan wanita yang sedang terkapai-kapai itu walaupun tiada jaket keselamatan,” katanya.

Setakat ini motif sebenar wanita itu cuba membunuh diri masih belum dapat diketahui namun dipercayai mungkin tertekan akibat masalah peribadi. – MYNEWSHUB.CC

Tags: bunuh diriJambatan Pulau PinangPolis Bantuan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Tikam Isteri 13 Kali Sebelum Bunuh Diri

Tikam Isteri 13 Kali Sebelum Bunuh Diri

12/02/2026
0

PETALING JAYA: Seorang lelaki disyaki menikam isterinya sebanyak 13 kali hingga maut sebelum ditemui meninggal dunia di SPK Damansara, di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd