• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sivarraajh Nafi Lompat Parti Jadi Ahli MyPPP

oleh AK-47
19/04/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda MIC, Datuk C.Sivarraajh hari ini menafikan dakwaan Presiden MyPPP Tan Sri M.Kayveas bahawa beliau masih menjadi ahli partinya yang disertai pada tahun 2004.

Dalam kenyataannya semalam Kayveas berkata Ketua Pemuda MIC itu telah menyertai MyPPP pada 21 Jun 2003 di cawangan Brickfields Utama dengan nombor keahlian 333981.

Sambil menegaskan beliau tidak pernah memohon keahlian MyPPP, Sivarraajh meminta mereka yang ada rekod keahlian beliau itu untuk tampil menunjukkan kepadanya.

“Jika ada, saya boleh hantar surat untuk keluar dari MyPPP. Saya tidak tahu di mana mereka (MyPPP) mendapat nombor keahlian itu.

“Jika ada orang sengaja memasukkan (nama) saya menjadi ahli MyPPP, itu bukan masalah saya,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat MIC di sini, hari ini.

Beliau menjelaskan penglibatan politik pertamanya adalah dengan MIC pada tahun 2004.

Namun, Sivarraajh berkata beliau tidak akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Kayveas kerana MyPPP dan MIC merupakan parti komponen Barisan Nasional. – BERNAMA

Tags: Datuk C. Sivarraajh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Keputusan Sivarraajh Layak Bertanding Ditentukan Sebelum Penamaan Calon

19/12/2018
0

PUTRAJAYA - Keputusan sama ada Datuk C. Sivarraajh layak bertanding Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands akan diumumkan sebelum...

MP BN Mohon Batal Petisyen Calon PKR

12/07/2018
0

KUALA LUMPUR - Anggota Parlimen Cameron Highlands Datuk C. Sivarraajh memohon untuk membatalkan petisyen pilihan raya dikemukakan calon PKR bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd