• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

10 Tahun Perintah Selangor, Tiada Apa Untuk Dibanggakan

oleh AK-47
17/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tiada apa yang boleh dibanggakan sepanjang pentadbiran kerajaan Selangor selama sedekad selain rebat perkhidmatan air sebanyak RM11, kata penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuang, Datuk Abdul Shukur Idrus.

Abdul Shukur berkata walaupun dikenakan caj yang rendah, rakyat terpaksa berdepan dengan isu krisis air sehingga menjejaskan kehidupan dan perniagaan harian.

“… itu pun air tiada dan setiap kali buka air hanya angin sahaja yang keluar, barangkali rakyat hanya dapat angin,” kata beliau kepada Bernama selepas melancarkan Koperasi Pemilik dan Pemandu Kenderaan Komersial India Bhd dan majlis penyerahan replika kunci kepada 10 penerima di bawah Skim Pinjaman Kenderaan, di sini, hari ini.

Bermula April 2010, kerajaan Selangor memberi air percuma 20 meter padu pertama atau purata rebat sebanyak RM11 sebulan.

Oleh yang demikian, Abdul Shukur berpendapat Barisan Nasional (BN) kini lebih bersedia untuk memerintah semula Selangor pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) sekiranya meletakkan calon yang tepat mengikut kehendak rakyat Selangor.

Ditanya sama ada beliau akan bertanding, bekas ketua pemuda UMNO Selangor itu berkata: “Setakat ni saya tidak diumumkan lagi. Sekiranya disuruh saya bertahan, saya akan pertahankan kerusi DUN yang dimenangi. Sekiranya ada muka baharu kami akan terus berikan sokongan kepada calon BN.

Mengulas isu agihan kerusi Selangor sebelum ini, Abdul Shukur berkata perpecahan pendapat dalam Pakatan Harapan merupakan peluang kepada BN untuk merampas kembali negeri itu.

Namun, pengerusi PH Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini mengesahkan bahawa isu pengagihan kerusi antara calon gabungan itu di negeri ini telah selesai sepenuhnya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan hari penamaan calon pada 28 April manakala hari mengundi pada 9 Mei. – BERNAMA

Tags: Datuk Abdul Shukur Idrus
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd