• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suami Setia, Isteri 13 Tahun Tinggal Dalam Bekas Kaca

oleh
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENYAKIT pelik yang dihidapi oleh seorang isteri membuatkan suami dari Madrid, Sepanyol ini setia menemani wanita tersebut walaupun terpaksa tinggal dalam bekas kaca selama 13 tahun.

Manuel tidak pernah berhenti memberi motivasi kepada isterinya, Juana Munoz malah turut menanam sayur-sayuran bagi membolehkan Munoz memakan makanan organik segar supaya sihat seperti sedia kala.

Bagaimanapun, cabaran besar dalam kehidupan mereka apabila tidak dapat menjalani kehidupan rumah tangga seperti suami isteri biasa oleh kerana penyakit yang dialaminya juga menghalang mereka bersentuhan.

Wanita dari Cadiz itu hanya dibenarkan untuk menyentuh dan memegang dua orang anaknya dua kali setahun.

Bekas kaca yang berukuran 25 meter seakan-akan penjara telah menjadi rumah Munoz selama lebih sedekad.

Lapor Sinar Harian, Munoz mengalami empat penyakit luar biasa iaitu fibromyalgia, sindrom keletihan kronik dan tanda-tanda elektrosensitiviti.

Punca penyakit misteri itu bermula apabila mengalami simptom pelik ketika sedang membersihkan kentang yang ditanam menyebabkan mata dan lidahnya membengkak hingga terpaksa dimasukkan ke unit rawatan rapi.

“Saya dan suami menanam ubi kentang di belakang rumah kami.

“Begitu pun, selepas menyentuh sebiji kentang, mata dan bibir saya tiba-tiba membengkak sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital,” katanya.

Kesan tersebut dianggap sebagai keracunan dari tanaman itu dan ia berlarutan hingga kini.

Selain terlalu sensitif dengan bahan kimia, Munoz juga disahkan menghidap kanser payu dara tahun lalu dan terpaksa menjalani pemeriksaan di Hospital Universiti Puerto Real di Cadiz.

Pemeriksaan tersebut memaksa Munoz untuk keluar daripada sangkar kacanya dan itu merupakan satu-satunya peluang untuk dia tidak lagi terkurung.

Begitu pun, kereta yang dinaiki Munoz haruslah bebas daripada bahan kimia. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Tags: isterikacasuami
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pegawai AKPS Ditemui Maut, Dipercayai Dibunuh Suami Di Kuarters KLIA

Pegawai AKPS Ditemui Maut, Dipercayai Dibunuh Suami Di Kuarters KLIA

16/10/2026
0

NILAI - Seorang pegawai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) ditemui maut dipercayai dibunuh suaminya dalam kejadian di Kuarters...

“Janganlah Kerana Marahkan Saya, Isteri, Anak-Anak Dan Keluarga Terlibat, Mereka Tidak Bersalah” – Shuib

“Janganlah Kerana Marahkan Saya, Isteri, Anak-Anak Dan Keluarga Terlibat, Mereka Tidak Bersalah” – Shuib

15/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelawak dan usahawan Shuib tampil memohon maaf secara terbuka kepada Jep Sepahtu susulan kontroversi sindiran terhadap bekas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd