• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jempol Dinaik Taraf Jadi Majlis Perbandaran

oleh AK-47
16/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JEMPOL – Majlis Daerah Jempol akan dinaik taraf sebagai Majlis Perbandaran Jempol dalam masa terdekat.

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan ​berkata pada Januari lalu, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan sudah meluluskan kebenaran untuk menaik taraf status bandar berkenaan.

“Jempol menepati ciri-ciri dan ketetapan untuk dinaik taraf antaranya penduduk mesti melebihi 150,000 orang dan pelbagai kriteria lain dipenuhi,” katanya ketika berucap pada pra-pelancaran Majlis Perbandaran Jempol di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Barisan Nasional Jempol Datuk Mohd Salim Sharif dan Yang Dipertua Majlis Daerah Jempol Datuk Zazali Salehudin.

Mohamad berkata langkah menaik taraf itu akan dapat memberi manfaat lebih banyak kepada rakyat kerana sesuai dengan statusnya sebagai majlis perbandaran, dan lebih banyak peruntukan dapat disalurkan.

Majlis Daerah Jempol ditubuhkan pada 1 Ogos 1980 selepas proses persempadanan semula bahagian Kuala Pilah.

Proses persempadanan semula itu mewujudkan sebuah daerah baharu yang dikenali sebagai daerah Jempol, yang sebelum ini dikenali sebagai bahagian Bahau Kecil, dan terletak di bawah pentadbiran bahagian Kuala Pilah.

Secara umumnya, daerah Jempol bersempadan dengan daerah Bera, Pahang di utara, daerah Jelebu di barat daya, daerah Kuala Pilah di sebelah barat, daerah Tampin di selatan dan daerah Segamat, Johor di sebelah tenggara.

Jempol adalah daerah terbesar di Negeri Sembilan dengan keluasan 148,277,31 hektar, dan terdiri daripada lima wilayah (mukim) iaitu Serting Hilir, Serting Ulu, Kuala Jempol, Jelai dan Rompin. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mohamad Hasan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap Perdana Menteri, Menteri Luar di Istana Negara

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap Perdana Menteri, Menteri Luar di Istana Negara

18/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membincangkan urusan...

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden UMNO menegaskan tidak ramai dalam Kerajaan Perpaduan mempunyai pengalaman luas mengurus negara seperti dimiliki parti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd