• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pencaturan Tun M Boleh ‘Makan Diri’

oleh AK-47
17/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Selepas 19 tahun tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU), Tun Dr Mahathir Mohamad kembali mempertaruhkan nasibnya di gelanggang itu namun, kali ini di kawasan lain dan membawa panji yang berbeza.

Semalam, Dr Mahathir yang juga Pengerusi Pakatan Harapan diumumkan akan bertanding atas tiket PKR pada PRU14 bagi merebut kerusi Parlimen Langkawi yang merupakan kubu kuat Barisan Nasional (BN).

Bagaimanapun, pengumuman itu menimbulkan pelbagai persoalan – mengapa Dr Mahathir tidak bertanding di Kubang Pasu, yang menjadi kubu kuatnya selama 30 tahun?

Dr Mahathir merupakan Anggota Parlimen Kubang Pasu sejak kawasan parlimen itu disenaraikan pada PRU4 pada 1974 dan berkhidmat sehingga 2004 selain menjadi perdana menteri selama 22 tahun.

Pakar Strategis Geopolitik Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Prof Madya Dr Azmi Hassan berkata keputusan Dr Mahathir untuk bertanding di Langkawi mungkin kerana sinonim dengan sumbangannya kepada pembangunan di kawasan itu.

Azmi berkata peluang bekas perdana menteri, yang bakal menjangkau usia 93 tahun Julai ini, dilihat lebih besar di Langkawi jika bersandarkan kepada sentimen penduduk di situ yang sebelum ini memandang tinggi sumbangannya dalam pembangunan pulau bebas cukai itu.

“Memang benar pembangunan, kemajuan serta kemakmuran Langkawi itu dibawa atau disumbang oleh Tun Mahathir… Tetapi perlu diingat juga, siapa di belakangnya? Parti mana yang mendukungnya ketika itu?

“Jadi, kita lihat strategi yang diguna pakai Tun Mahathir sekarang adalah hanya bersandar kepada sentimen pengundi sahaja…percubaan untuk bermain dengan sentimen pengundi adalah percaturan yang boleh memakan dirinya,” katanya kepada Bernama hari ini.

Azmi mengingatkan bahawa kehadiran PAS untuk bertanding di Langkawi juga boleh menyebabkan berlakunya pertembungan tiga penjuru di kawasan itu bersama-sama dengan BN, yang merupakan penyandang kerusi itu.

Nawawi Ahmad, 56, memenangi kerusi Parlimen Langkawi buat pertama kalinya setelah mengalahkan calon PKR Ahmad Abdullah dengan majoriti 11,861 undi pada PRU13.

Dengan PAS tidak lagi berada di dalam pakatan pembangkang, beliau berkata kebarangkalian untuk berlaku perpecahan undi dalam kalangan penyokong pembangkang adalah lebih tinggi dan akhirnya boleh memberi peluang yang lebih besar kepada BN.

Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik, Dasar dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia Md Shukri Shuib pula berpendapat perpecahan pakatan pembangkang hanya akan memberi kemenangan kepada BN jika tiada pembelotan dari dalam gabungan parti pemerintah itu.

Beliau berkata BN masih perlu berjaga-jaga dan tidak memandang rendah kepada kemampuan Dr Mahathir untuk memenangi hati pengundi Langkawi selain mendampingi anggota-anggota bahagian BN.

“Tun Mahathir sendiri merupakan orang Kedah, mempunyai latar belakang BN di Kedah dan beliau faham apa yang orang Kedah mahukan. Jadi, tidak mustahil sentimen Tun itu mampu menarik perhatian pengundi-pengundi di Kedah.

“Akan menjadi masalah kepada BN jika ada ahlinya yang melakukan protes secara senyap. Ancaman dalaman yang antaranya berpunca daripada mereka yang tidak tercalon, perlu juga diberikan perhatian,” katanya.

Md Shukri berkata jika mereka setia kepada parti dan kepimpinan parti, Tun Mahathir akan menghadapi laluan yang sukar di Langkawi.

“Walaupun Langkawi merupakan kawasan yang maju namun, gaya politik di Langkawi masih bersifat luar bandar.

“Sekiranya calon BN boleh memikat hati pengundi di Langkawi yang masih berpegang kepada konsep kekeluargaan, keharmonian hidup bermasyarakat, dan kemakmuran ekonomi, BN tidak akan menghadapi masalah,” katanya. – BERNAMA

Tags: Tun Dr Mahathir Mohamad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Netanyahu Patut Ditangkap Dan Dihukum Gantung’ – Tun M

‘Netanyahu Patut Ditangkap Dan Dihukum Gantung’ – Tun M

23/11/2024
0

KUALA TERENGGANU - Tindakan waran tangkap dikeluarkan terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant...

Pecah Rekod Makan Nasi Kandar RM218

Bangsa Melayu Bakal Hilang 10 Tahun Lagi – Tun M

20/01/2024
0

PUTRAJAYA - Bangsa Melayu berisiko untuk hilang dalam tempoh 10 tahun akan datang sekiranya tidak bersatu padu dari sekarang. IKUTI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd