• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

USNS Mercy Berlabuh Kali Kedua Di Malaysia

oleh AK-47
16/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELABUHAN KLANG – USNS Mercy, kapal hospital Amerika Syarikat yang berpangkalan di San Diego berlabuh untuk kali kedua di sini sebagai sebahagian daripada misi Perkongsian Pasifik 2018 (PP18).

Sepanjang lima hari berada di sini sehingga Jumaat, krew kapal akan terlibat dalam projek kejuruteraan awam, bantuan kemanusiaan dan seminar kesediaan menghadapi bencana dan penglibatan dalam program jangkauan masyarakat di Kuala Lumpur.

Kapal itu pertama kali berlabuh di Pelabuhan Kuantan pada Ogos 2016 sebagai sebahagian daripada PP.

Komandan Misi PP18 Kapten David Bretz berkata PP18 merupakan latihan siap siaga bencana pelbagai hala yang terbesar di rantau Indo Pasifik yang direka bagi membantu negara rakan kongsi serta negara tuan rumah terhadap kesediaan menghadapi bencana alam dalam Lingkaran Api Pasifik.

“Malaysia sebagai rakan kongsi menawarkan pelbagai peluang untuk kami mengembangkan keupayaan kami dalam perubatan, keruruteraan awam dan kesediaan bantuan bencana,” katanya kepada pemberita sejurus kapal itu berlabuh di Pusat Terminal Pelayaran Boustead di sini awal hari ini.

Turut hadir Penolong Ketua Staf J7 Laksamana Pertama Chan Peng Cheong, dari Markas Angkatan Bersama.

Pasukan PP18 termasuk anggota tentera serta orang awam dari Amerika Syarikat, Kanada , United Kingdom, Australia, Perancis, Peru and Jepun.

Misi itu mengandungi lebih 800 personel dari Amerika Syarikat serta negara rakan kongsi di mana tentera dan orang awam berganding bahu dengan rakan sejawat dari negara tuan rumah agar lebih bersedia terhadap keperluan menangani soal kemanusiaan dan bencana.

Sementara itu, Bretz berkata sebuah lagi kapal, USNS Brunswick yang merupakan kapal pengangkut ekspedisi cepat akan tiba di Tawau Sabah pada 21 April bagi bagi tugasan kejuruteraan sivil, perubatan dan khidmat jangkauan dengan masyarakat setempat bersama Angkatan Tentera Malaysia.

Kapal USNS Mercy seberat 70,000 ton pertama kali tiba di rantau ini bagi menyalurkan bantuan apabila Tsunami melanda Asia Selatan dan Asia Tenggara pada Disember 2004. – BERNAMA

Tags: USNS Mercy
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd