• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harap Peserta TGTP Terlibat Semai Benih Kalapa Pandan

oleh AK-47
16/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

DUNGUN – Kerajaan negeri berharap ada antara peserta latihan Program Transformasi Siswazah Terengganu (TGTP) yang menceburi bidang semaian anak pokok kelapa pandan bagi mencapai matlamat pengeluaran 120,000 hingga 150,000 biji benih setahun.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Perusahaan Perladangan dan Komoditi negeri Datuk Muhammad Pehimi Yusof berkata setakat ini negeri itu hanya mampu mengeluarkan 30,000 biji benih pokok kelapa pandan setahun di pusat pertanian Hulu Paka di Dungun.

“Jabatan dan agensi kerajaan berkaitan pertanian akan membantu peserta TGTP terlibat, sama ada dalam bentuk pemberian geran, pinjaman modal serta khidmat nasihat sekiranya mereka mahu menjalankan perniagaan semaian benih anak pokok kelapa pandan ini,” katanya.

Beliau ditemui selepas merasmikan majlis pelancaran Gelombang Tani Nasional peringkat negeri, yang turut dihadiri Pengarah Pertanian Terengganu Zulkefly Harun di sini, hari ini.

Melalui TGTP, semua peserta akan menerima elaun bulanan daripada kerajaan negeri sebanyak RM1,500 sepanjang enam bulan latihan berlangsung dan mungkin dilanjutkan enam bulan lagi mengikut kesesuaian.

Muhammad Pehimi berkata penyertaan siswazah Terengganu dalam bidang pertanian adalah antara transformasi untuk golongan itu meningkatkan taraf sosioekonomi seterusnya menggalakkan mereka menjalankan perniagaan dalam bidang berkaitan.

“Bidang pertanian kini adalah antara sumber kekayaan baharu buat siswazah dan golongan belia…apa yang perlu mereka lakukan ialah memilih jenis tanaman sesuai dan golongan ini akan dibantu jabatan dan agensi kerajaan sehingga terus berjaya,” katanya.

TGTP yang diperkenalkan Oktober tahun lepas adalah penjenamaan semula program Skim Penempatan Siswazah Terengganu (T-GAS) yang memberi peluang kepada golongan graduan meningkatkan kemahiran menerusi pelbagai bidang bagi memenuhi kehendak pasaran kerja.

Antara bidang latihan lain yang ditawarkan ialah pembinaan dan pembuatan, pengurusan, usahawan, pelancongan, perikanan serta penternakan. – BERNAMA

Tags: Kalapa Pandan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd