• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Datuk’, Rakan Didakwa Lagi Kes Perdaya Kos Bayaran

oleh Ahmad Albab
16/04/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KAJANG – Baharu sahaja didakwa empat hari lepas di Mahkamah Selayang dekat sini bagi pertuduhan memperdaya sembilan individu berhubung kos bayaran pindah milik tanah yang tidak wujud, hari ini lelaki bergelar ‘Datuk’ dan seorang rakannya didakwa pula di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan sama.

Datuk Nor Hasnal Hashmi, 49, dan Sayyid Walid Hasuana, 31, yang berdepan sembilan pertuduhan, masing-masing mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Datin Surita Budin.

Berdasarkan pertuduhan pertama hingga sembilan, kedua-duanya didakwa memperdayakan sembilan individu untuk mempercayai mereka akan memindah milik lot-lot tanah untuk pembinaan sembilan kediaman kepada mangsa.

Perbuatan itu mendorong kesemua individu terbabit untuk menyerahkan wang berjumlah RM637,500 kepada syarikat Masgenuine Alliance Holdings Sdn Bhd sebagai pembayaran kos pindah milik tanah yang tidak wujud.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di No 70-G, Jalan Lagenda Suria 3 Taman Lagenda Suria 43100 Hulu Langat, di sini, antara Oktober 2012 hingga September 2014.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Siti Noor Hafizan Zakaria menawarkan wang jaminan RM150,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan terhadap setiap tertuduh serta syarat tambahan pasport meeka diserah kepada mahkamah sehingga kes itu selesai.

Peguam Zainal Omar yang mewakili Nor Hasnal memohon jumlah jaminan yang munasabah kerana anak guamnya diisytiharkan bankrap pada Januari lepas, yang menjejaskan sumber pendapatannya selain dia perlu menyara keluarga termasuk 10 anak.

Peguam Ahmad Zaharil Muhaiyar yang mewakili Sayyid Walid turut memohon mahkamah mengurangkan jumlah itu dengan mencadangkan mahkamah meletakkan syarat tambahan terhadap anak guamnya seperti boleh berada di luar rumah pada 7 pagi hingga 7 malam.

Mahkamah membenarkan kedua-dua tertuduh masing-masing diikat jamin RM80,000 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan iaitu pasport diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Hakim Surita menetapkan 10 Mei untuk sebutan semula kes.

Khamis lepas, Nor Hasnal dan Sayyid Walid bersama-sama seorang lagi rakan lelaki mereka mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Selayang atas sembilan pertuduhan sama membabitkan kerugian RM689,181 pada enam tahun lepas. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Tags: datukmahkamah
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Individu Dapat Gelaran Tun, Tan Sri, Datuk Seri, Datuk Patut Pertahankan Institusi Raja

Individu Dapat Gelaran Tun, Tan Sri, Datuk Seri, Datuk Patut Pertahankan Institusi Raja

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiap individu yang bergelar Tun, Tan Sri, Datuk Seri mahupun Datuk sepatutnya tampil mempertahankan institusi Raja. Pendakwah...

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd