• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mourinho Kecewa United Tewas Di Tangan West Brom

oleh Ahmad Albab
16/04/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOSE MOURINHO tidak lokek memuji kejayaan Manchester City pada Liga Perdana Inggeris, tetapi menghentam Manchester United di atas kekalahan mengejutkan ketika menentang West Bromwich Albion 0-1 pada Ahad.

Bagi mengelakkan City daripada dijulang menjadi juara bertahan dalam beberapa hari lagi, United tidak boleh berdepan kekalahan ketika menentang kelab yang berada di kedudukan corot (Albion) di Old Trafford.

Tetapi Jay Rodriguez dari West Brom menghadiahkan gol kemenangan yang menakjubkan pada minit ke-73 setelah kehilangan sembilan daripada 10 perlawanan sebelum ini.

Ironinya apabila United bangkit daripada keputusan 2-0 ke atas City pada hujung minggu lalu dan memenangi perlawanan 3-2 tetapi terpaksa tunduk dengan West Brom di laman sendiri.

Mourinho mendakwa dia tidak gembira selepas keputusan City itu kerana dia tahu kelab tersebut akan memenangi liga dan dia turut menuduh beberapa pemainnya hilang tumpuan dalam permainan.

“Saya tidak tahu sama ada saya adalah yang pertama atau kedua atau ketiga tapi saya mengucapkan tahniah kepada mereka (City) secara berdepan apabila saya mempunyai peluang.

“Saya tahu bahawa lambat laun mereka akan jadi juara dan jika saya berada pada kedudukan mereka, saya akan sangat kecewa jika ada yang mengatakan mereka memenangi gelaran juara liga kerana Manchester United kalah terhadap West Brom.

“Mereka menang kerana mereka adalah pasukan terbaik, mereka kehilangan hanya beberapa mata. Mungkin kerana saya memenangi lapan kejohanan, saya tidak berada pada kedudukan terbaik untuk menentang mereka,” kata Mourinho.

United berada 30 gol di belakang City pada musim ini dan Mourinho tidak berjaya menguruskan pasukannya walaupun memiliki pemain hebat seperti Marcus Rashford, Jesse Lingard dan Anthony Martial. – AFP/mStar Online

Tags: Jose MourinhoManchester City
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Liverpool Kekal Di Puncak, Manchester City Terkulai

11/11/2019
0

LONDON - Liverpool terus kekal di puncak Liga Perdana Inggeris dengan kemenangan bergaya 3-1 ke atas penyandang juara, Manchester City...

Kolaborasi Dengan Manchester City Pasti Jadi Kenyataan

29/05/2019
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Belia dan Sukan akan memastikan kolaborasinya dengan juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City menjadi kenyataan. Menterinya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd