• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terengganu Cadang Wujudkan Sekolah Sukan Di DUN Jabi

oleh Ahmad Albab
16/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BESUT – Kerajaan Terengganu bercadang menjadikan Sekolah Kebangsaan (SK) Jabi di sini sebagai sekolah sukan, iaitu sekolah sukan pertama dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi, sekiranya Barisan Nasional terus diberi mandat memerintah negeri ini pada pilihan raya umum ke-14.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata langkah itu selaras dengan kedudukan Kompleks Sukan Mini Jabi yang akan dibina tidak jauh dari kawasan sekolah berkenaan bermula Mei depan.

“Cadangan menjadikan SK Jabi sebagai perintis sekolah sukan di DUN ini akan dikemukakan kepada Kementerian Belia dan Sukan,” katanya selepas menghadiri program Pemimpin Bersama Rakyat peringkat DUN Jabi dekat sini, hari ini.

Turut hadir penyandang kerusi DUN Jabi, Mohd Iskandar Jaafar dan Ketua UMNO Bahagian Setiu, Datuk Mohd Jidin Shafie.

Pada majlis sama, Ahmad Razif melakukan pecah tanah kompleks sukan mini berkenaan, yang akan dibangunkan di kawasan seluas kira-kira 2.025 hektar.

Kompleks sukan mini bernilai kira-kira RM9 juta itu akan dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk padang bola dan balapan bertaraf antarabangsa.

Mengulas lanjut, Ahmad Razif berkata, penubuhan sekolah rendah sukan terbabit diyakini mampu memperkasa lagi usaha kerajaan negeri untuk mengesan lebih ramai bakat baharu dalam bidang sukan terutama melibatkan acara balapan dari peringkat awal lagi.

“Ia disasar menjadi kesinambungan kepada kecemerlangan sukan yang dirintis Terengganu pada masa ini seperti jaguh berbasikal negara, Azizul Hasni Awang sekali gus menyumbang kepada kegemilangan negara,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Ahmad Razif memberitahu, sebuah bandar baharu melibatkan projek hartanah bercampur juga akan dibina di tanah seluas 6.89 hektar bersebelahan Masjid Jabi dekat sini. – BERNAMA

Tags: Ahmad Razif Abdul Rahman
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Imigresen Permudah Pemeriksaan Di ICQS Melaka

Next Post

Sukan Komanwel Labuhkan Tirai Penuh Gilang-Gemilang

Related Posts

Kerajaan BN Terengganu Yang Tunaikan Janji

07/05/2018
0

KUALA NERUS - Kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa komited dan konsisten menunaikan setiap janji yang dibuat dan bukan sekadar omong...

‘Sea Felda’ Manfaat 2,000 Penduduk Kuala Nerus

06/05/2018
0

KUALA NERUS - Projek Akuapolitan Kuala Nerus (AKN) atau "Sea Felda", sebuah kawasan pembangunan bersepadu khusus untuk golongan nelayan di...

Next Post

Sukan Komanwel Labuhkan Tirai Penuh Gilang-Gemilang

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd