• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sekolah Boleh Cuti Berganti Sehari Sebelum Mengundi

oleh Ahmad Albab
15/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERANG – Sekolah yang digunakan sebagai pusat mengundi pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) ini dibenarkan mengambil cuti berganti sehari sebelum hari pengundian, kata Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata perkara itu dibenarkan mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bilangan 2 1995: Persediaan Bagi PRU, yang membolehkan pengetua atau guru besar memohon cuti berganti melalui pengarah pendidikan negeri masing-masing.

“Bagaimanapun ia hanya terhad kepada sekolah yang digunakan sebagai pusat pengundian manakala cuti berganti hanya boleh diambil sehari sebelum hari pengundian, bukannya selepas hari pengundian,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Strategi Lautan Biru Kebangsaan ‘Sokongan Komuniti Untuk Sekolah’ di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Nerang di sini hari ini.

Beliau mengulas permintaan Kongres Kesatuan Guru-Guru Dalam Perkhidmatan Pelajaran Malaysia yang meminta kementerian membenarkan sekolah mengambil cuti berganti bersempena PRU14 selepas hari pengundian.

Sehubungan itu, Mahdzir meminta pengetua dan guru besar agar membuat permohonan secepat mungkin sekiranya ingin mendapatkan cuti berganti tersebut.

Sebanyak 6,971 sekolah di seluruh negara akan digunakan sebagai pusat pengundian pada 9 Mei. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mahdzir Khalidmengundi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PRK Ayer Kuning: Lebih 50 Peratus Keluar Mengundi Setakat Jam 3 Petang

PRK Ayer Kuning: Lebih 50 Peratus Keluar Mengundi Setakat Jam 3 Petang

26/04/2025
1

Tapah: Proses pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning telah berjalan lancar dengan peratusan keluar mengundi...

Sarat Mengandung Tak Jadi Halangan Keluar Mengundi

Sarat Mengandung Tak Jadi Halangan Keluar Mengundi

17/08/2024
0

Meskipun usia kandungan mencecah lapan bulan, ia tidak menghalang Che Nurul Amira Che Mat, 35, menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi DUN...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd