• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Azmin Membisu Isu Tuntutan SPLASH Dipersoalkan

oleh Ahmad Albab
16/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

DENGKIL – Barisan Nasional (BN) Selangor hari ini mempersoalkan sikap membisu Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berhubung isu tuntutan Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH) terhadap Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) bernilai RM4.22 bilion baru-baru ini.

Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata, sikap membisu Mohamed Azmin tidak boleh diterima kerana rakyat berhak mengetahui sama ada kerajaan negeri mengalami krisis kewangan berikutan salah urus kewangan negeri dan Syabas.

“Kerajaan negeri Selangor pada masa ini berisiko bankrap kerana rizab kerajaan negeri hanyalah RM3 bilion sedangkan tuntutan yang difailkan SPLASH terhadap Syabas ialah RM4.22 bilion,” katanya yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan kepada pemberita selepas majlis penyerahan kunci rumah Projek Pembinaan Semula Rumah Terbakar – Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) Kejiranan Indah di Taman Gemilang, di sini hari ini.

Noh yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Kerajaan Persekutuan Negeri Selangor menjelaskan, SPLASH sebelum ini pernah mendedahkan bahawa selepas kerajaan negeri Selangor mengambil alih 100 peratus Syabas pada 2015, kerajaan negeri tersebut hanya membayar 36 peratus daripada jumlah keseluruhan bil tertunggak SPLASH.

Jelas beliau, SPLASH berkemungkinan memenangi tuntutan ke atas Syabas kerana ia merupakan bil tertunggak. Isnin lepas, SPLASH yang merupakan anak syarikat 40 peratus dimiliki Gamuda Bhd menyerahkan writ, bersama-sama dengan pernyataan tuntutan, kepada Syabas bagi menuntut semua bayaran tertunggak yang terhutang oleh SYABAS berjumlah RM4.22 bilion.

Kata Noh, selagi masalah air tidak selesai di Selangor sebarang pembangunan, baik projek perumahan mahupun hospital tidak akan membawa sebarang makna.

Mengenai kunci rumah yang diserahkan pada hari ini, beliau berkata, ia merupakan projek pembinaan semula tiga unit rumah terbakar di Taman Gemilang di sini secara NBOS yang setiap satunya bernilai RM40,000 seunit.

Ketiga-tiga rumah berkenaan musnah dalam kebakaran pada Mac tahun lepas yang mengorbankan nyawa seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun. – BERNAMA

Tags: SplashTan Sri Noh Omar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jamal Yunos Nafi Marah Noh Omar Dalam Media Sosial

30/11/2018
0

KUALA LUMPUR - Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos menafikan beliau mengeluarkan kenyataan bagi memburuk-burukkan Tan...

Air Percuma Hanya Pada B40 Bukan Sebab Pengambilalihan SPLASH

25/11/2018
0

CYBERJAYA - Kerajaan Selangor menolak dakwaan rancangan untuk menawarkan air percuma 25 meter padu hanya kepada kumpulan B40 berbanding kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd