• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Perlu Terus Sokong BN Untuk Manfaat Ekonomi

oleh Ahmad Albab
16/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEKAN – Isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor menyeru golongan wanita terutama di kawasan Parlimen Pekan supaya terus menyokong Barisan Nasional (BN) bagi memastikan limpahan manfaat ekonomi dan kemudahan kepada golongan itu pada masa hadapan.

Katanya kaum wanita harus menilai perjuangan dan sumbangan BN sejak sekian lama yang bukan sahaja mempunyai rekod khidmat yang baik, malahan mempunyai manifesto pilihan raya umum ke-14 yang mendahulukan kebajikan kaum wanita dan rakyat secara keseluruhannya.

“Dalam Manifesto Barisan Nasional baru-baru ini, sekali lagi keutamaan diberikan kepada golongan wanita.

“Aku janji ini melambangkan komitmen Barisan Nasional untuk memperkasa wanita sebagai isteri, ibu, anak dan wanita yang berkerjaya serta meletakkan golongan ini ke tahap yang lebih tinggi,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Seminar Memperkasa Wanita dan Penyampaian Sumbangan kepada Badan-Badan NGO Wanita Parlimen Pekan, di sini hari ini.

Majlis anjuran Pertubuhan Perkumpulan Perempuan Daerah Pekan bersempena Tahun Memperkasa Wanita 2018 itu dihadiri 800 anggota pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan wanita di Parlimen Pekan.

Rosmah berkata sebagai contoh, BN akan menubuhkan Majlis Ekonomi Wanita yang akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selain rancangan untuk mewujudkan sebuah pusat transformasi usahawan wanita bagi memperkasakan ekonomi golongan hawa.

Dalam pada itu, beliau turut mengingati peserta seminar itu supaya tidak terpedaya dengan tohmahan dan dakyah yang sering ditaburi pembangkang terhadap kerajaan.

“Rakyat perlu sedar bahawa agenda politik pihak pembangkang hanya untuk menguasai kerajaan tetapi mereka langsung tiada kesatuan dalam menjalin kerjasama antara sesama mereka.

“Sedangkan BN sejak sekian lama telah membuktikan kecemerlangan dalam membentuk kerajaan yang mantap dan sentiasa mengotakan janji-janjinya,” katanya.

Pada majlis itu, Rosmah turut menyampaikan sumbangan wang tunai kepada 21 NGO dan persatuan wanita di Parlimen Pekan. – BERNAMA

Tags: Datin Seri Rosmah Mansor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Keputusan AGC Tarik Balik Rayuan Kes Rosmah Dibuat Ikut Lunas Undang-undang – PM Anwar

Keputusan AGC Tarik Balik Rayuan Kes Rosmah Dibuat Ikut Lunas Undang-undang – PM Anwar

12/12/2025
0

LANGKAWI: Keputusan pihak pendakwaan menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Datin Seri Rosmah Mansor...

‘DNAA Najib Satu Rahmat Daripada ALLAH’ – Rosmah

‘DNAA Najib Satu Rahmat Daripada ALLAH’ – Rosmah

21/06/2025
0

KUALA LUMPUR – “Keputusan DNAA semalam untuk suami saya adalah benar-benar satu rahmat daripada ALLAH, yang dimakbulkan melalui doa dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd