• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Kutuk Penggunaan Senjata Kimia Di Syria

oleh Ahmad Albab
15/04/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia amat bimbang penggunaan senjata kimia dan serangan udara akan memburukkan lagi keadaan konflik di Syria dan sekali gus meningkatkan penderitaan penduduk awam di negara itu serta menjerumuskan seluruh rantau berkenaan ke kancah kerumitan.

Dalam kenyataan hari ini, Wisma Putra berkata Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya penggunaan senjata kimia dalam apa jua keadaan kerana ia merupakan perbuatan keji dan mencabul undang-undang antarabangsa, manakala mereka yang melakukannya perlu dihukum.

“Malang sekali, dalam konteks Syria, perkara itu tidak mungkin dapat dilakukan berikutan kegagalan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu memberi persetujuan terhadap penggunaan suatu mekanisme bagi menuntut kebertanggungjawaban secara berkesan tentang penggunaan senjata kimia di negara itu. Malaysia bersama-sama Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dalam menyuarakan kekecewaan kami berhubung kegagalan itu,” kata kenyataan itu.

Wisma Putra berkata Malaysia juga amat prihatin dengan serangan udara bersama yang dilancarkan Amerika Syarikat, Perancis dan United Kingdom di Syria pada 14 April.

Katanya, Malaysia sentiasa yakin bahawa dalam menangani hal berkaitan keamanan dan keselamatan, semua pihak perlu bertindak sejajar dengan Piagam PBB dan undang-undang antarabangsa, yang memperuntukkan bahawa Majlis Keselamatan PBB mempunyai tanggungjawab penting untuk memelihara keamanan dan keselamatan.

Katanya, Malaysia juga percaya penyelesaian secara ketenteraan tidak sekali-kali mampu menamatkan konflik di Syria dan oleh itu, ia menggesa semua pihak terlibat supaya mencari penyelesaian politik melalui dialog dan rundingan.

Menurut Wisma Putra, untuk mencapai perkara itu, semua pihak, pertama sekali, perlu mempamerkan kesabaran dan mengelak daripada melakukan sebarang tindakan yang boleh memburukkan lagi konflik sedia ada agar tidak menambah penderitaan yang sedang ditanggung rakyat Syria.

“Majlis Keselamatan PBB perlu mengetepikan perasaan sakit hati dan dendam, sebaliknya bersatu bagi menunaikan tanggungjawab mereka menghentikan pertumpahan darah serta berusaha mewujudkan keamanan dan keselamatan di negara yang dicengkam masalah itu.

“Seluruh masyarakat antarabangsa perlu mengambil tindakan segera bagi menangani krisis kemanusiaan yang terus menimbulkan trauma dalam kalangan rakyat Syria. Malaysia sentiasa bersedia untuk memainkan peranannya,” kata kenyataan itu. – BERNAMA

Tags: Syria
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Najib Prihatin Kebajikan Rakyat – Rais Yatim

Next Post

KRT Berperanan Jaga Keharmonian Penduduk

Related Posts

Pergolakan Di Syria: Kerajaan Belum Berhasrat Bawa Pulang Rakyat Malaysia

Pergolakan Di Syria: Kerajaan Belum Berhasrat Bawa Pulang Rakyat Malaysia

18/12/2024
0

PUTRAJAYA : Kerajaan belum berhasrat membawa pulang lebih 50 rakyat Malaysia termasuk pelajar yang kini berada di Syria susulan kejatuhan...

Sabah Diramal Alami Pengurangan Hujan Tahun Depan – Armizan

2 Lapangan Terbang Utama Syria Henti Operasi

22/10/2023
0

DAMASCUS: Perkhidmatan dua lapangan terbang utama di Syria terpaksa dihentikan selepas serangan dilakukan Israel hari ini, lapor media kerajaan yang...

Next Post

KRT Berperanan Jaga Keharmonian Penduduk

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd