• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPAD Tolak Tohmahan Kad Bantuan Teksi 1Malaysia

oleh Ahmad Albab
15/04/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menegaskan tohmahan di media sosial kononnya ‘para pemandu menjadi marah selepas diberitahu Kad Bantuan Teksi 1Malaysia hanya akan diberikan selepas pilihan raya’ adalah dakwaan palsu.

Suruhanjaya itu dalam satu kenyataan berkata pihaknya tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan polis supaya penyebar berita tersebut disiasat pihak berkuasa, jika dakwaan liar itu masih berleluasa.

“Dakwaan tersebut adalah palsu kerana ribuan pemandu telah mengambil kad masing-masing selepas kad bantuan dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 13 April di Taman Ekspo Pertanian Serdang (MAEPS), malahan kesemua kad telah diaktifkan sebaik sahaja diambil pemandu,” katanya.

Menurut kenyataan itu, pemandu teksi tidak perlu risau kerana SPAD telah menyediakan 67,000 kad bantuan yang boleh diambil dalam tempoh tiga bulan bermula esok sehingga 16 Julai depan.

Pemandu teksi boleh mengambil kad bantuan berkenaan dari pejabat-pejabat cawangan SPAD, tertakluk kepada waktu pejabat dan hari-hari kelepasan am setempat.

Menurut kenyataan itu, tarikh dan tempat pengambilan bagi para pemandu teksi di Sabah dan Sarawak pula akan diumumkan dalam masa terdekat oleh pejabat Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) di negeri berkenaan.

“Semua kad bantuan akan diaktifkan setelah diambil oleh pemandu teksi dan mereka boleh membelanjakan nilai sehingga RM800 untuk pembelian petrol dan NGV di stesen-stesen Petronas di seluruh negara,” kata kenyataan itu.

Maklumat lanjut mengenai Kad Bantuan Teksi 1Malaysia boleh dilayari di laman web www.spad.gov.my/ms/pengusaha-kenderaan/teksi/kad-bantuan-teksi-1malaysia. – BERNAMA

Tags: SPAD
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

GTSM Dakwa Wujud Unsur Rasuah Dalam SPAD

28/05/2022
0

SHAH ALAM - Gabungan Teksi Malaysia (GTSM) mendakwa wujud unsur rasuah yang dilakukan pihak tertentu dalam Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat...

9 Penguat Kuasa Didakwa 164 Pertuduhan Rasuah

28/05/2019
0

SEBERANG PERAI - Sembilan anggota penguat kuasa dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Butterworth di sini hari ini atas pertuduhan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd