• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

VIDEO: Bodoh Terlampau, Budak Kecik Dipaksa Hisap Syabu!!

oleh Ahmad Albab
28/01/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERBUATAN wanita dalam video ini boleh dikatakan kejam, tak bertanggung jawab, dangkal, bodoh, jahat dan lain-lain sifat negatif seumpamanya.

Bayangkan.. kalau kanak-kanak lain mungkin diajar membaca, menulis dan mengaji lain pula ceritanya dengan situasi ini.

Menerusi satu video berdurasi 15 saat yang semakin viral, seorang kanak-kanak baru berusia antara 2 hingga 4 tahun telah diberikan dadah dipercayai jenis syabu untuk dihisap.

Terdapat portal yang melaporkan kanak-kanak dalam video ini adalah budak lelaki berusia 2 tahun dan yang memberikan dadah itu ibunya sendiri tetapi sejauh mana kebenarannya tak dapat dipastikan.

Apa yang mengejut lagi menyakitkan hati, keadaan kanak-kanak itu yang terbatuk sebaik disuruh menghisap dadah langsung tidak mendatangkan simpati wanita dalam video ini sebaliknya si kecil itu disuruh hisap lagi untuk kali kedua!

https://www.youtube.com/watch?v=WfA5xf_1gA8

Tinjauan kami berhubung video ini yang termuat di beberapa laman sosial mendapati ramai yang menghamburkan rasa marah dengan tindakan wanita yang menyuruh kanak-kanak terbabit menghisap syabu, begitu juga pihak yang merakam video ini tanpa rasa bersalah.

Seperti diketahui ramai, syabu adalah dadah berbahaya yang boleh mendatangkan mudarat dan ketagihan selain merosakkan fikiran. Bayangkan apabila ia diberikan kepada budak kecil.. kan jahat lagi bangang namanya tu?

Untitled (2)

Didapati ada individu yang menghubungkan pautan link video ini dengan Facebook rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) jadi kami pasti perkara ini telah sampai ke pengetahuan pihak berkuasa.

Seorang pengguna Facebook bagaimanapun, mendakwa video ini tidak berlaku di Malaysia sebaliknya di negara seberang berdasarkan dialek percakapan yang didengar mirip Bugis Indonesia.

Apa pun bagi kami tak kira di mana pun kejadian berlaku, isu paling utama di sini adalah selamatkan budak kecil dalam video ini daripada terus dibunuh secara diam oleh penjaganya seperti ini!!

[BACA JUGA: VIDEO VIRAL: Warga Emas Minta Sedekah Untuk Beli Arak]

Diminta pihak berkuasa termasuk Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat segera siasat status video ini dan jika ia berlaku di Malaysia maka pastikan pihak terbabit dibawa ke muka pengadilan.

Menyedihkan.. di saat ada insan diuji Tuhan dengan tidak dikurniakan zuriat, mereka yang diberi kelebihan tersebut tergamak pula mensia-siakannya. -MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

Tags: kanak-kanakkes dadahSyabu
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

15/02/2026
0

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun ditemui rentung, manakala seorang lelaki cedera dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat...

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tangisan tanpa henti seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dipercayai menjadi punca dia dipukul anak pengasuh di sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd