• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mesej Kaitkan TMJ Disiasat Akta Antiberita Palsu

oleh Ahmad Albab
16/04/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA TINGGI – Mesej palsu mendakwa Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim akan memberi bantuan di beberapa pasar raya merupakan kes pertama disiasat mengikut Akta Antiberita Tidak Benar 2018, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said.

Beliau berkata ini membuktikan akta itu yang diwartakan pada Rabu lepas digubal untuk melindungi semua pihak yang menjadi mangsa berita palsu dan bukannya untuk melindungi kerajaan seperti didakwa pihak tertentu.

“Saya yakin dalam pilihan raya umum ke-14, (akan) banyak berlaku (berita palsu). Penggubalan akta ini mengambil kira situasi media sosial di negara kita yang digunakan sebagai platform untuk bersuara.

“Sama ada suara itu sumbang atau tidak, semua pihak perlu gunakan platform itu mengikut lunas undang-undang,” katanya ketika diminta mengulas kes pertama yang disiasat di bawah akta itu.

Azalina yang juga anggota Parlimen Pengerang berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis penyerahan Cek Peneroka Felda Sifar Hutang Peringkat Parlimen Pengerang, dekat sini, hari ini.

Pada majlis itu seramai 361 peneroka menerima cek yang keseluruhannya bernilai RM1.8 juta. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Azalina Othman Said
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Dapati Mohd Nazlan Langgar Kod Etika Hakim – Azalina

SPRM Dapati Mohd Nazlan Langgar Kod Etika Hakim – Azalina

06/04/2023
0

SHAH ALAM - Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali didapati melanggar Kod Etika Hakim dan mempunyai konflik kepentingan...

RUU Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 Diluluskan

RUU Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 Diluluskan

29/03/2023
0

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 bagi menambah baik dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd