• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sedikit Masalah ‘Sana Sini’ Lazim Pada Setiap PRU

oleh Ahmad Albab
16/04/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGAN DATUK – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata sedikit masalah “sana sini” termasuk soal calon merupakan perkara lazim pada setiap pilihan raya umum (PRU).

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu berkata pemantauan dibuatnya terhadap semua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh negara yang akan ditandingi calon BN pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) mengakui Perak menghadapi paling sedikit masalah.

“Pengumuman calon (BN di Perak) tidak dibuat kerana menunggu arahan daripada ibu pejabat BN. Apabila signal dihantar oleh ibu pejabat, diserahkan kepada Pengerusi BN Perak (Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir) untuk buat pengumuman,” katanya pada sidang media selepas menghadiri sambutan Hari Ulang Tahun Rela Ke-46 peringkat negeri di sini, hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Anggota Parlimen Bagan Datuk berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini bahawa isu melibatkan ketua bahagian adalah antara faktor yang menyebabkan BN Perak masih tidak memuktamadkan senarai calonnya.

Beliau juga berkata pada program turun padang dilakukannya di negeri-negeri mendapati masalah yang timbul pada pilihan raya umum kali ini ‘tidak sebesar’ pada pilihan-pilihan raya sebelum ini.

“Ini menunjukkan kesiapsiagaan jentera dan juga penerimaan calon yang bakal mewakili BN diterima dengan baik kepimpinan peringkat akar umbi, sama ada di Parlimen atau DUN,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak akan memuktamadkan pengagihan beberapa lagi kerusi dalam kalangan komponen BN termasuk kerusi Parlimen Wangsa Maju dan Parlimen Bandar Tun Razak.

Beliau menjelaskan pada PRU13, kerusi Wangsa Maju dipinjamkan kepada UMNO daripada MCA.

“Saya nasihatkan agar semua menghormati sebarang keputusan yang dibuat pengerusi BN,” katanya sambil menambah bahawa semangat sepasukan penting untuk menterjemahkan kemenangan BN pada PRU14.

Sementara itu, Zambry berkata beliau akan mengumumkan senarai calon BN Perak apabila menerima arahan daripada BN pusat.

“Kami tidak mempunyai masalah. Kami melalui proses musyawarah terbaik sekali. Walaupun terdapat masalah-masalah kecil tetapi ia sudah selesai,” katanya. – BERNAMA

Tags: Ahmad Zahid HamidiPRU14
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

TPM Zahid Hargai Peranan Ahli Meteorologi, Lindungi Keselamatan Orang Ramai

TPM Zahid Hargai Peranan Ahli Meteorologi, Lindungi Keselamatan Orang Ramai

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan penghargaan kepada seluruh ahli meteorologi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd