• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mengundi Rabu Tak Jejas Peratusan Keluar Mengundi

oleh AK-47
15/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dakwaan beberapa pihak bahawa tarikh mengundi yang jatuh pada hari bekerja boleh menjejaskan jumlah peratusan keluar mengundi adalah tidak tepat, kata bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Wan Ahmad Wan Omar.

Beliau berkata berdasarkan pengalamannya sebagai setiausaha SPR dan timbalan pengerusi SPR sebelum ini, jumlah peratusan mengundi pada setiap PRU yang diadakan mencatatkan peratusan pengundi keluar mengundi melebihi 70 peratus.

“Pada pendapat saya, tarikh yang ditetapkan SPR adalah sesuai kerana hari penamaan calon adalah pada 28 April dan hari mengundi ditetapkan pada 9 Mei. Maka semua calon yang bertanding mempunyai masa secukupnya untuk menjalankan kempen rasmi selama 11 hari,” katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu The Nation terbitan Bernama News Channel di sini, hari ini.

Sebagai rakyat yang mementingkan hak mengundi, Wan Ahmad berkata pengundi hendaklah melaksanakan tanggungjawab mereka dengan keluar mengundi sementelahan pengisytiharan kerajaan bahawa 9 Mei adalah hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara.

“Tarikh hari mengundi telah dijadikan bahan politik oleh beberapa pihak kerana pada awalnya hari mengundi pada 9 Mei jatuh pada hari bekerja namun kerajaan telah isytiharkan hari itu sebagai hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara untuk memudahkan rakyat mengundi.

“Orang ramai tidak harus terpengaruh dengan kempen negatif yang dijalankan pihak tidak bertanggungjawab di media sosial agar melakukan undi rosak atau tidak keluar mengundi… jangan bazirkan hak mengundi anda kerana pengundi adalah penentu kepada kepimpinan negara,” katanya.

Mengenai dakwaan bahawa SPR berat sebelah, Wan Ahmad berkata tuduhan itu tidak berasas kerana pada setiap PRU, SPR tidak pernah menyekat mana-mana parti politik dan calon untuk bertanding dalam PRU asalkan mereka memenuhi syarat ditetapkan seperti tidak diisytihar muflis atau tidak mempunyai kes jenayah.

“SPR membenarkan wakil daripada setiap parti yang bertanding dalam PRU untuk melihat sendiri proses pengundian dari mula sampai akhir, maka dakwaan menyatakan SPR berat sebelah dan tidak telus adalah tidak benar sama sekali,” katanya.

Menyifatkan Malaysia masih lagi berada pada tahap demokrasi yang membangun dan bukannya demokrasi yang maju atau matang, Wan Ahmad berkata masih ramai rakyat Malaysia tidak mengetahui dengan jelas proses pengundian, lantas melemparkan pelbagai dakwaan negatif terhadap SPR, agensi bebas yang bertanggungjawab mengendalikan pilihan raya di negara ini.

Mengenai usaha pihak tertentu termasuk syarikat penerbangan yang mengambil inisiatif menawarkan pakej penerbangan bagi memudahkan pengundi pulang mengundi, Wan Ahmad berkata ia mencerminkan kematangan berdemokrasi rakyat dan pihak berkepentingan melaksanakan tangungjawab sosial serta menyumbang dalam usaha menggalakkan pemilih berdaftar menunaikan hak mengundi. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Wan Ahmad Wan OmarSPR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

01/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan keseluruhan proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 berlangsung secara berintegriti dan telus....

Lebih 42,000 Warganegara Berdaftar Secara Automatik Sebagai Pemilih Bagi Julai – SPR

Lebih 42,000 Warganegara Berdaftar Secara Automatik Sebagai Pemilih Bagi Julai – SPR

20/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Seramai 42,464 nama warganegara berusia 18 tahun ke atas didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu, dari 1 hingga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd