• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Pingat Acara 3M Papan Anjal Seirama Lelaki

oleh AK-47
14/04/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GOLD COAST – Hasrat untuk menambah kutipan pingat dalam acara terjun lebur hari ini apabila penerjun lelaki negara gagal menamatkan saingan di kedudukan podium di Sukan Komanwel 2018.

Dalam acara 3m papan anjal seirama, gandingan Ooi Tze Liang-Chew Yiwei menamatkan saingan di tempat keempat selepas mengumpul 395.40 mata.

Tze Liang-Yiwei bermula agak baik dan berada pada kedudukan pingat perak selepas tiga terjunan bagaimanapun goyah pada terjunan keempat menyebabkan juri memberi markah 62.37 mata.

“Ada sedikit kesilapan pada terjunan kami dan hilang markah di situ. Kami cuba bangkit tapi tidak mencukupi untuk mengejar kedudukan pingat,” kata Tze Liang.

Dalam pada itu, Yiwei mengakui sebagai penerjun terakhir, tekanan tetap ada tapi berjaya memberi fokus kepada persembahan mereka.

“Kami tidak tertumpu kepada kenapa kami kalah. Kami hanya lakukan apa yang perlu kami buat dalam pertandingan ini,” katanya.

Yiwei akan beraksi dalam acara 10m platform individu esok.

Sementara itu, satu lagi pasangan negara Muhammad Syafiq Puteh dan Gabriel Gilbert Daim pula menamatkan saingan di kedudukan ketujuh dengan 369.42 mata.

Muhammad Syafiq berkata beliau amat berpuas hati dengan prestasi yang dipamerkan hari ini walaupun berakhir tanpa pingat.

Katanya, apa yang penting adalah pengalaman yang diperoleh serta mereka boleh menilai kedudukan beliau dan Gabriel berbanding kalangan jaguh dunia.

“Saya berpuas hati sebab kami memang tidak sasar pingat. Apa yang penting adalah berada dalam temasya ini dan menimba pengalaman. Selepas temasya ini, saya akan meneruskan latihan untuk memperbaiki dan memantapkan lagi terjunan saya dalam darjah kesukaran 3.0 dan mula melakukan darkah kesukaran yang lebih tinggi.

Kita dapat lihat di kejohanan seperti ini, pesera seperti England yang juga juara Olimpik menggunakan darjah kesukaran tinggi,” katanya.

Setakat hari ketiga acara terjun berlangsung, skuad terjun negara mengutip satu emas dan dua gangsa masing-masing dalam acara 10m platform seirama menerusi Cheong Jun Hoong-Pandelela Rinong dan dua gangsa disumbang Leong Mun Yee-Nur Dhabitah Sabri dalam acara 10m platform seirama dan 3m papan anjal seirama. – BERNAMA

Tags: 3M Papan Anjal SeiramaOoi Tze Liang-Chew Yiwei
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd