• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Persempadanan: Pembangkang Dwistandard

oleh AK-47
13/04/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron kesal dengan sikap dwistandard pihak pembangkang terhadap isu kajian semula persempadanan pilihan raya khususnya melibatkan kawasan Parlimen Hang Tuah Jaya.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri menegaskan BN dan pembangkang sama-sama terkesan dengan kajian semula berkenaan dan pihak pembangkang perlu adil dalam melontarkan sebarang dakwaan.

Katanya isu tersebut tidak seharusnya dijadikan ‘modal’ oleh pihak pembangkang dalam ceramah mereka untuk memberitahu rakyat bahawa seolah-olah mereka menjadi mangsa kajian semula persempadanan pilihan raya tersebut.

“Persempadanan semula kawasan pilihan raya bukan perkara baharu… ia berlaku hampir 10 tahun sekali… takkan tiap kali persempadanan semula dilakukan dan BN menang, BN menipu? Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menipu?

“Bagaimana pula dengan kawasan yang mereka menang bila persempadanan semula dilakukan? Kalau mereka menang SPR tidak menipu, itu dwistandard namanya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ekspo Jualan Perumahan – Ke Arah Sejuta Impian, Alami Gaya Hidup Sejahtera anjuran Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Setiausaha DAP Melaka, Khoo Poay Tiong bahawa kajian semula persempadanan pilihan raya baru-baru ini akan memberikan laluan kemenangan kepada BN di Parlimen Hang Tuah Jaya dalam ceramah Pakatan Harapan di Bukit Baru di sini, malam tadi.

Mengulas lanjut, Idris berkata tujuan kajian semula berkenaan dilakukan bagi mengimbangi jumlah pengundi mengikut kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri dan ia perlu diterima secara rasional.

Beliau berkata isu itu diketengahkan dalam ceramah pihak pembangkang kerana mereka tidak mempunyai isu yang lebih baik untuk membela nasib rakyat di negeri ini.

Sementara itu, mengulas tentang dakwaan Pengerusi Parti Amanah Negara Negeri Melaka Adly Zahari berhubung pembangunan Kota Fesyen di Pusat Dagangan Antarabangsa di sini sebagai satu pembaziran, Idris berkata fakta yang dikemukakan pemimpin pembangkang berkenaan tidak berasas dan perlu diperbetulkan.

“Secara keseluruhannya banyak pembangunan dan kemajuan di Melaka berjaya menarik kedatangan ramai pelancong. Kota Fesyen pada zaman kepimpinan Ketua Menteri, Tan Sri Mohd Ali Rustam merupakan satu tempat pameran pelbagai produk tempatan dalam tempoh masa tertentu,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Idris Haron
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mohon UMNO Pusat Batal Kelayakan Idris Bertanding

27/06/2018
0

MELAKA - Anggota Jawatankuasa UMNO Bahagian Tangga Batu memohon kepimpinan tertinggi UMNO pusat membatalkan kelayakan Ketua Bahagiannya, Datuk Seri Idris...

UMNO Melaka Fail Petisyen Cabar Keputusan PRU14

25/06/2018
0

MELAKA - UMNO Melaka telah memfailkan petisyen pilihan raya di Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin lepas bagi mencabar keputusan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd