• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiket Bas Masih Dijual Untuk Pulang Mengundi

oleh AK-47
13/04/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jualan tiket bas ekspres ke utara dan selatan bagi perjalanan 7 hingga 11 Mei ini masih dibuka bagi warga kota yang ingin pulang mengundi pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Yang Dipertua Persatuan Pengusaha Bas Ekspres Semenanjung, Tajuddin Mohd Yunus berkata kira-kira 35,000 tiket disediakan setiap hari untuk tempoh tersebut.

“Hanya tiket ke Kelantan dan Terengganu habis dijual dan bergantung kepada syarikat-syarikat bas ekspres untuk menambah bilangan bas bagi perjalanan pulang untuk mengundi,” katanya kepada Bernama, hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan hari pengundian bagi PRU14 pada 9 Mei dengan kerajaan mengisytiharkan hari tersebut sebagai kelepasan am tambahan bagi seluruh negara dalam memudahkan rakyat melaksanakan tanggungjawab mengundi.

Tajuddin bagaimanapun menasihati mereka yang masih belum membeli tiket supaya segera berbuat demikian dan tidak menunggu sehingga ke saat akhir.

Sementara itu, tinjauan Bernama di sekitar Kuala Lumpur Sentral mendapati tiket Perkhidmatan Keretapi Elektronik (ETS) bagi perjalanan 7 hingga 11 Mei sudah habis dijual.

Menurut jurucakap Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), tiket ETS dari Kuala Lumpur ke Ipoh dan negeri-negeri utara telah habis dijual dalam masa dua jam selepas pengumuman hari pengundian oleh SPR pada Selasa lepas.

“Ramai yang kecewa apabila datang untuk membeli tiket di kaunter tetapi dimaklumkan sudah habis dijual. Perkhidmatan tambahan akan disediakan ke semua destinasi namun ia akan diumumkan kemudian,” katanya.

Warga emas Tan Kok Yen, 67, ketika ditemui berkata dia sempat membeli tiket ETS dari Kuala Lumpur ke Parit Buntar, Perak untuk perjalanan pada 7 Mei bagi membolehkannya pulang mengundi.

“Saya membeli tiket pada Selasa lepas…saya memang merancang untuk pulang awal bersama-sama dengan suami saya,” katanya. – BERNAMA

Tags: Tiket Bas Ekspres
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd