• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4,000 Anggota PPBM Alor Mengkudu Keluar Parti

oleh AK-47
14/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Seramai 4,000 anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dari 15 Pusat Daerah Mengundi (PDM) dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Mengkudu mengumumkan keluar parti berkuat kuasa hari ini.

Mereka ambil keputusan itu kerana kecewa dengan pemilihan Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (PAN) Kedah, Datuk Phahrolazi Mohd Zawawi sebagai calon kawasan itu pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) ini.

Ketua PDM Alor Melintang Muhamad Rizal Zainol Abidin yang mewakil 15 PDM terbabit berkata sehubungan itu, kesemua mereka mengambil keputusan untuk menyertai UMNO, juga berkuat kuasa serta-merta.

“Kami rasa telah dikhianati kerana setelah bertungkus-lumus menyiapkan jentera, merekrut simpati kepada Pakatan Harapan, tiba-tiba suara majoriti pihak kami agar kerusi Alor Mengkudu diberikan pada calon PPBM untuk ditandingi dinafikan.

“Sebaliknya, pencalonan bagi kerusi ini diserahkan pada calon daripada PAN yang jelas tidak dikenali dan gagal memberikan khidmat selama ini kepada pengundi DUN Alor Mengkudu,” katanya kepada pemberita dalam majlis kenduri rakyat yang dihadiri ribuan anggota parti itu dan 14 lagi ketua PDM.

​​Dalam ceramah perdana di Hutan Kampung semalam, Presiden PAN, Mohamad Sabu mengumumkan nama 13 calon meliputi tiga kerusi parlimen dan 10 DUN yang akan bertanding di Kedah, satu daripadanya ialah Phahrolazi yang diumum bertanding di Alor Mengkudu.

Muhammad Rizal berkata, taktik tersebut jelas merupakan helah politik sedangkan perkara berkaitan agihan kerusi telah pun dipersetujui dalam PH sebelum ini.

“Ini juga merupakan helah politik yang menjengkelkan dan tidak berprinsipkan keadilan dengan mengetepikan sumbangan pihak PPBM yang telah bekerja keras selama ini di DUN Alor Mengkudu,” katanya.

​​​​​​Sehubungan itu melalui pengumuman itu, Muhammad Rizal berkata kesemua 15 PDM dan gerak kerja di DUN tersebut akan dibubarkan dan mereka berikrar menumpukan seluruh usaha mendukung kepimpinan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah selaku pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah.

“Kami juga akan berikrar berkempen dengan penuh upaya untuk memenangkan mana-mana calon yang diketengahkan oleh BN Kedah di Alor Mengkudu.

​​​​​“Menerusi cara ini juga ia menjadi pengajaran kepada pimpinan gabungan Pakatam Harapan agar tidak mengamalkan politik kepentingan kendiri dengan sanggup membelakangkan janji dan semangat setiakawan yang sebelum ini telah diikrarkan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Phahrolazi Mohd ZawawiPANPPBM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Elak Tanggapan Tikus Membaiki Labu

05/06/2022
0

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) beriltizam mahu membantu mengatasi gejala rasuah dan salah guna kuasa dalam kalangan belia suatu usaha...

Fahami Dendam Membara PPBM

30/01/2022
0

Tiada apa perlu dihairankan berhubung ugutan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap UMNO. Memang begitulah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd