• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Manifesto PRU13 N.Sembilan Tercapai Sepenuhnya

oleh AK-47
13/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Kesemua 44 manifesto atau Aku Janji Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lepas, berjaya dicapai dalam tempoh lima tahun, kata Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata meskipun pada peringkat awal, BN negeri menyenaraikan 45 Aku Janji, satu daripadanya terpaksa digugurkan memandangkan ia janji yang bersifat kemahuan dan bukannya keperluan.

“Cuma satu saja, dan satu ini pun bukan kita tidak dapat nak selesaikan atau tidak dapat nak buat tetapi memang kita tak nak buat, untuk menjadikan kawasan Masjid Negeri dan kawasan Kompleks Mahkamah Syariah yang lama serta tempat bangunan lama Majlis Agama Islam negeri dan Pejabat Tanah Seremban sebagai pusat ketamadunan Islam…kita ketepikan dahulu kerana itu satu bentuk kemahuan, bukan keperluan.

“Kita merasakan perbelanjaan yang nak kita adakan (untuk membina) pusat ketamadunan itu, ada tempat yang lebih baik untuk (kita belanjakan bagi) mengatasi isu-isu keperluan rakyat. Itu sebabnya kita tidak buat,” katanya dalam temubual khas bersama Bernama di sini.

Mohamad yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan, bagaimanapun berkata perkara itu tidak akan dimasukkan dalam manifesto BN Negeri Sembilan untuk PRU14 yang akan dilancarkan 21 April ini, sebaliknya diletakkan sebagai projek di bawah Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) untuk dilaksanakan.

Antara kandungan manifesto BN Negeri Sembilan itu ialah pemberian insentif kepada anak negeri mendapat ijazah kelas pertama; bantuan kepada anak negeri berjaya memasuki institusi pengajian tinggi; menaik taraf Institut Tahfiz Al-Quran (ITQAN), Gemencheh; memperkasa Negeri Sembilan sebagai lembah ilmu dan memastikan tiada golongan miskin tercicir daripada mendapat bantuan.

Turut disenaraikan ialah memastikan sifar miskin tegar; cukai tanah nominal untuk sekolah bantuan modal; menambah bilangan rumah mampu milik; memastikan penyelenggaraan dan menambah baik kemudahan jalan raya.

Selain itu, melebar luas wifi percuma (1NS wireless); pembinaan tol baharu Labu-Seremban; mengisytiharkan Seremban sebagai bandar raya dan mewartakan 40 kampung Orang Asli yang belum diwartakan serta menambah baik kemudahan awam dalam bandar dan antara bandar. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mohamad HasanPRU13
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap Perdana Menteri, Menteri Luar di Istana Negara

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap Perdana Menteri, Menteri Luar di Istana Negara

18/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membincangkan urusan...

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden UMNO menegaskan tidak ramai dalam Kerajaan Perpaduan mempunyai pengalaman luas mengurus negara seperti dimiliki parti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd