• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penetapan Tarikh PRU: SPR Ambil Kira Pelbagai Faktor

oleh Ahmad Albab
14/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penetapan hari Rabu (9 Mei) sebagai hari pengundian pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) diputuskan selepas perundingan melibatkan tujuh anggota suruhanjaya itu berdasarkan keperluan yang difikirkan terbaik.

Penasihat Undang-undang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Azizan Md Arshad menjelaskan kesemua anggota suruhanjaya yang diketuai Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd. Hashim Abdullah membuat keputusan itu selepas mengambil kira dan mempertimbangkan pelbagai faktor.

“Kita kena faham, SPR adalah badan yang ditubuhkan melalui kuat kuasa Perlembagaan Persekutuan. Ahli-ahli yang dilantik, (iaitu) pengerusi, timbalan pengerusi dan lima ahli panel adalah dilantik dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong.

“Mereka ini bekerja, bertindak dan memutuskan adalah berdasarkan kepada keperluan yang difikirkan terbaik. Jadi pemutusan itu harus dibuat SPR.

“Jadi proses itu adalah proses yang dirunding oleh ahli panel,” katanya ketika ditemu bual pengacara, Fadzli Aziz dan Ola Nordin dalam program Assalamualaikum yang disiarkan di saluran TV Al-Hijrah hari ini.

Selain Mohd Hashim, anggota SPR terdiri daripada Timbalan Pengerusi, Tan Sri Othman Mahmood; Datuk Md Yusop Mansor; Datuk Abdul Aziz Khalidin; Sulaiman Narawi; Datuk K. Bala Singam dan Datuk Leo Chong Cheong

Membincangkan tajuk ‘Fahami Undang-Undang Pilihan Raya’, Azizan ditanya mengenai sesetengah pihak yang mempersoalkan tarikh pengundian yang jatuh pada hari bekerja.

Pada Rabu lalu, kerajaan mengisytiharkan 9 Mei sebagai hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara bagi memudahkan rakyat Malaysia melaksanakan tanggungjawab mengundi.

Azizan berkata masyarakat sepatutnya menghormati keputusan SPR untuk menetapkan tarikh PRU.

Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan mengenai apa yang boleh atau tidak boleh dilakukan semasa hari mengundi bagi mengelakkan pengundi daripada tidak boleh mengundi, khususnya kepada pengundi kali pertama.

Antara yang perlu dilakukan termasuk membuat semakan di mana tempat mengundi, mengundi dalam tempoh ditetapkan sahaja iaitu dari 8 pagi hingga 5 petang, membawa dokumen pengenalan diri dan berhati-hati dalam memangkah pada kertas undi supaya undi tidak ditolak.

“Selain itu pastikan jari kita tiada benda atau unsur yang menyebabkan dakwat tidak lekat. Pengundi kali pertama itu mesti ingat, apabila diminta untuk disemak jari, perkara itu mesti dilakukan. Jika gagal patuhi proses ditetapkan, kemungkinan kita tak diberi kertas undi,” kata beliau.

Bagaimanapun beliau berkata keseluruhan proses pilihan raya yang perlu dipatuhi adalah berdasarkan undang-undang dan peraturan sedia ada, dan tidak ditetapkan suruhanjaya itu.

“Tidak ada yang dibuat SPR berdasarkan kepada pemahaman sendiri. Semua itu berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, akta pilihan raya, peraturan dan sebagainya. Semua telah dijelaskan dan proses (pilihan raya) itu mesti dilalui semua pengundi,” katanya.

Selain hari pengundian bagi PRU14 pada 9 Mei, SPR menetapkan tarikh penamaan calon pada 28 April, manakala tarikh pengundian awal ialah 5 Mei.

Marilah rakyat Malaysia jayakan tanggungjawab anda dalam proses demokrasi negara pada PRU14.

#jomkitasemak #jomkitaundi #undiandapenentumasadepannegara – BERNAMA

*sekadar Video Hiasan..

Tags: PRU14SPR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

01/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan keseluruhan proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 berlangsung secara berintegriti dan telus....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd