• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DAP Sanggup Korban Maruah Demi Undi – Liow

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TEMERLOH – Kesanggupan DAP menggunakan logo Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pilihan raya umum kali ini menunjukkan parti itu tidak mempunyai prinsip dalam perjuangan, kata Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata demi undi Melayu, DAP rela mengorbankan maruah dengan mengetepikan simbol parti sendiri walaupun ia merupakan parti ‘senior’ dalam pakatan pembangkang.

“Walaupun DAP mendapat 85 peratus sokongan masyarakat Cina sebelum ini, mereka tidak mempunyai prinsip dalam perjuangan. Sanggup tidak gunakan logo parti sendiri kerana mereka yakin semua sokongan masyarakat Cina sudah masuk ‘poket mereka’,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama Parlimen Temerloh, di sini hari ini.

Majlis turut dihadiri oleh Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Temerloh Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin, Pengerusi MCA Pahang Datuk Hoh Khai Mun dan Ketua MCA Temerloh Datuk Wong Tat Chee.

Mengulas lanjut, Liow berkata tindakan DAP itu berbeza dengan MCA yang sudah menjadi rakan setia orang Melayu sejak merdeka serta bersama-sama bergandingan dengan UMNO dan parti komponen BN lain untuk membangunkan negara.

Sementara itu, Mohd Sharkar ketika berucap pada majlis berkenaan, pembangkang tidak ikhlas berkhidmat untuk rakyat dan hanya menggunakan kawasan yang ditandingi sebagai batu loncatan untuk mereka mendapatkan kuasa sahaja.

“Calon pembangkang suka melompat, mereka tidak duduk setempat kerana pada mereka kerusi disandang dan sebenarnya tidak berminat untuk berkhidmat kepada rakyat.

“Contohnya Zulpuri (Tengku Zulpuri Shah Raja Puji) (DAP) yang dahulu menjadi Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Mentakab sekarang lari ke Parlimen Raub, Nasruddin (Hassan) (PAS) dulu di Temerloh sekarang umum bertanding di Parlimen Indera Mahkota… jadi mereka ini bukan nak berkhidmat untuk rakyat.

“Kalau mereka konsisten sepatutnya kekal di kerusi yang sama dan terus berkhidmat untuk rakyat. Pada saya mereka hanya menggunakan kerusi itu untuk bercakap isu parti mereka di parlimen atau DUN,” katanya. – BERNAMA

Tags: DAPMCA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Projek Pengangkutan RM21 Bilion Untuk Pulau Pinang, Anthony Loke Perlu Jelaskan Agihan 13 Negeri Lain

Projek Pengangkutan RM21 Bilion Untuk Pulau Pinang, Anthony Loke Perlu Jelaskan Agihan 13 Negeri Lain

23/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa mendedahkan jumlah keseluruhan projek pengangkutan yang diluluskan kepada 13 negeri lain susulan dakwaan Pulau Pinang...

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

19/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Dr. Ong Kian Ming berpandangan parti itu perlu mengambil tindakan lebih tegas sekiranya isu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd