• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zizi Kirana Nafi Jadi Punca Perceraian Alif Hadi

oleh
13/04/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SELEPAS didakwa menjadi pencetus pergolakan dan perceraian rumah tangga pelakon Alif Hadi, bekas peserta Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7), Zizi Kirana akhirnya tampil membuat penjelasan.

Zizi menafikan bahawa dia menjadi punca perceraian pelakon berusia 30 tahun itu seperti mana yang digembar gemburkan oleh sebuah portal sebelum ini.

Bekas peserta Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7), Zizi kirana

Penyanyi kelahiran negeri ‘di bawah bayu’ itu menegaskan bahawa dia mengenali Alif dan hubungan yang terjalin tidak lebih daripada sekadar rakan biasa.

“Saya selesa berkawan dengan Alif kerana sekepala, bukannya ada hubungan istimewa seperti yang didakwa banyak pihak.

“Tanggapan mengatakan kami menjalin hubungan cinta mungkin disebabkan keakraban antara kami berdua sedangkan perkara itu tidak benar sama sekali.

“Lagipun, saya tidak mempunyai ramai kawan lelaki, sebab itulah timbul pelbagai persepsi dan spekulasi liar,” kata Zizi seperti dipetik dalam laporan sebuah portal online.

pelakon, Alif Hadi

Dalam pada itu, Zizi menjelaskan dakwaan mengatakan dirinya bakal berkahwin dengan Alif hanyalah khabar angin semata-mata.

“Alif tu saya anggap macam adik. Sejujurnya, saya selesa solo. Siapalah yang nak kan saya?,” jelasnya.

Sementara itu ditanya mengenai perkembangan diri, Zizi berpuas hati dengan percaturan untuk mengeluarkan single solo dilihat menjadi.

Katanya, berkemungkinan selepas ini Zizi akan kekal bergerak solo kerana dianggap lebih mudah dan tidak memeningkan. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: alif hadiZizi Kirana
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lancar Mengaji Antara 14 Kriteria Bakal Suami Zizi

25/03/2018
0

BARU-BARU ini, penyanyi Zizi Kirana telah menyenaraikan 14 kriteria yang perlu dipenuhi oleh mana-mana lelaki berhajat yang berhajat ingin memikat...

Demi Pasaran Radio, Zizi Perlu Ubah Lirik Sensitif

04/01/2018
0

LIRIK lagu yang agak 'pedas' membuatkan penyanyi Zizi Kirana perlu menukar beberapa bait lirik lagu Boleh Jalan nyanyiannya, bagi mendapat kebenaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd