• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pasangan Boling Padang Wanita Lakar Sejarah

oleh
14/04/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ATLET boling padang negara, Emma Firyana Saroji dan Siti Zalina Ahmad, mempamerkan aksi luar biasa untuk merangkul pingat emas bagi acara berpasangan wanita apabila dibezakan satu mata.

Mereka berjaya menundukkan pasangan Afrika Selatan 15-14 dalam final sekali gus harapan Malaysia untuk mengutip emas keempat akhirnya tercapai dalam Sukan Komanwel berlangsung di Gold Coast, Australia.

Bagaimanapun pelbagai aksi penuh mencabar dan dramatik disaksikan di Broadbeach, terutama setelah menunjukkan kekuatan mental yang terpuji untuk bangkit daripada ketinggalan agak jauh di awal permainan.

Emma dan Siti Zalina berdepan cabaran dalam mendapatkan mendapat rentak leretan bola, sekali gus membiarkan pasangan lawan, Nicolene Neal dan Collen Piketh, mendahului 7-0 di end ketiga.

Mata pertama hanya tiba pada end keempat dan dua wakil negara itu tidak pernah berputus asa untuk meningkatkan prestasi mereka di pertengahan saingan, sehingga dapat merapatkan mata di end ke-16 kepada 12-13.

Semangat juang pasangan kebangsaan tersebut harus menerima pujian ramai apabila buat kali pertama berjaya mendahului di end ke-17 dengan meraih mata 15-13.

Dalam situasi genting di end terakhir yang berkedudukan 15-14, emas sah menjadi milik Emma dan Zalina yang terus berpelukan dan melinangkan air mata kegembiraan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Gold CoastSukan Komanwel
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kes Dadah Pertama Cemari Sukan Komanwel 2022

Kes Dadah Pertama Cemari Sukan Komanwel 2022

31/07/2022
0

BIRMINGHAM : Hanya dua hari selepas membuka tirai secara rasmi, Sukan Komanwel Birmingham sudah dicemari isu doping melibatkan petinju ­Ghana,...

Pengulas Ini Kesal Azan Jadi Latar Tarian Separa Bogel

19/04/2018
0

SETAHUN lalu, dunia Islam gempar apabila sebuah kelab malam di Tunisia diarah tutup setelah tular rakaman DJ premis hiburan itu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd