• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Trump Didakwa Ada Anak Luar Nikah?

oleh Ahmad Albab
13/04/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW YORK – Bekas penjaga pintu Menara Trump didakwa ada menerima bayaran berjumlah AS$30,000 (RM116,250) daripada sebuah tabloid yang dikenali sebagai National Enquirer.

Ia selepas bertindak mendakwa konon Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pernah memiliki anak luar nikah hasil hubungan sulit bersama-sama dengan penjaga rumahnya.

Menurut laporan akhbar The New Yorker, mereka tidak menemui sebarang bukti kukuh bagi menyokong dakwaan dibuat Dino Sajudin bahawa Trump ialah bapa kepada seorang anak perempuan yang kini sudah berusia 29 tahun.

Ketua Pengarang National Enquirer, Dylan Howard bagaimanapun mengesahkan pembayaran itu dalam sebuah rencana di laman berita selebriti, Radar Online yang turut dimiliki syarikat sama, American Media Inc (AMI).

AMI ketika dihubungi mengesahkan bayaran dibuat kepada Sajudin. Memetik sumber rahsia dari AMI, penulis Ronan Farrow dari The New Yorker berkata, National Enquirer memutuskan untuk sorok perkara terbabit.

Ia selepas membeli hak eksklusif kisah itu, khusus melindungi nama baik Trump yang sedang bertanding dalam pilihan raya presiden pada 2016, satu amalan dikenali sebagai ‘tangkap dan hapus’ di kalangan media AS.

Bagaimanapun AMI kemudian pula menafikan dakwaan berkenaan dan berkata cerita terbabit tidak diterbitkan kerana tidak memiliki sebarang kredibiliti.

The New Yorker juga melaporkan, sumber dalaman AMI itu percaya amalan ‘tangkap dan hapus’ berkenaan berjaya melindungi ‘kerjasama’ di antara Trump dan Ketua Pegawai Eksekutif AMI, David Pecker. – AFP/BH ONLINE

Tags: Anak Luar Nikah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bapa Muslim, Ibu Buddha, Wanita Diisytihar Bukan Muslim

05/02/2021
0

PUTRAJAYA - Seorang wanita yang dilahirkan luar nikah, berbapakan seorang Muslim dan ibu penganut agama Buddha, berjaya dalam rayuannya di...

Anak Tak Sah Taraf Tak Boleh Dibin, Binti Nama Bapa

13/02/2020
0

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan, dalam keputusan majoriti 4-3, memutuskan anak orang Islam yang dilahirkan di luar ikatan perkahwinan atau tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd