• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mohamad Afiq Teruja Raih Gangsa Acara 100M TT12

oleh AK-47
12/04/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GOLD COAST – Pelari pecut para negara, Muhamad Afiq Mohamad Ali Hanafiah berjaya merangkul pingat gangsa dalam acara final 100m TT12 pada Sukan Komanwel 2018 di Stadium Carrara, di sini hari ini.

Pada penampilan sulung pada temasya itu, atlet berusia 23 tahun itu mencatatkan masa 11.28 saat, hanya 0.01 saat di belakang pemenang pingat perak, Hilton Lanegnhoven dari Afrika Selatan.

Acara tersebut (masalah penglihatan) dimenangi oleh seorang lagi pelari Afrika Selatan,, Ndodomzi Ntutu, dengan catatan 11.02s.

Pencapaian pingat gangsa Muhamad Afiq adalah sumbangan pertama untuk kontinjen negara dalam acara padang dan balapan dengan pingat sukan para diiktiraf dalam carta pungutan pingat temasya sukan itu.

Lebih manis lagi, pada aksi saringan pagi tadi, Muhamad Afiq berjaya memadamkan rekod kebangsaan milik Faizal Aidil Suhaimi iaitu 11.27s dengan catatan masa 11.20s.

Muhamad Afiq, yang berasal dari Johor itu, berkata tidak pernah terlintas difikirannya akan memenangi pingat di Sukan Komanwel.

“Terus-terang saya katakan, saya hanya sasarkan tempat di final. Tidak pernah saya fikir mengenai pingat kerana saya tidak mahu meletakkan tekanan ke atas diri saya sehingga boleh memberi kesan kepada prestasi.

“Hari ini saya mendapat kegembiraan berganda apabila pada awalnya pecah rekod kebangsaan dan kemudiaannya menang pingat, kegembiraan yang tidak dapat digambarkan,” katanya selepas tamat larian itu.

Sementara itu, seorang lagi atlet olahraga negara, Iskandar Alwi gagal meraih sebarang pingat dalam acara lompat bergalah apabila sekadar membuat lompatan setinggi 5m selepas gagal tiga kali percubaan pada ketinggian 5.35m. — BERNAMA

Tags: Muhamad Afiq Mohamad Ali Hanafiah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd