• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Akta Antiberita Tak Benar Bukan Strategi Kerajaan

oleh AK-47
12/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA TINGGI – Pelaksanaan Akta Antiberita Tidak Benar 2018 yang diwartakan mulai semalam bukanlah strategi pihak kerajaan untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), sebaliknya akta berkenaan bertujuan untuk melindungi rakyat secara umum.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata undang-undang itu bukan satu undang-undang yang menafikan hak untuk bersuara tetapi ia adalah masalah umum supaya rakyat dapat perlindungan.

Menurutnya, undang-undang berkenaan membantu mengeluarkan berita palsu dari platform media sosial, .kata beliau kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Tapak Mahkamah Baharu Pengerang, dekat sini, hari ini.

“Seperti mana yang dijelaskan dalam sidang parlimen bahawa undang-undang berkenaan akan meletakkan keutamaan kepada rakyat.

Kita tahu rakyat yang jadi mangsa berita palsu perlu mendapatkan perlindungan dan undang-undang ini tidak wujud eksklusif di mana ada juga undang-undang lain Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang masih boleh berjalan tertakluk yang wajar dipakai dalam kes-kes tertentu,” katanya.

Azalina turut mempersoalkan sekiranya kerajaan berniat meletakkan undang-undang itu sebagai satu strategi PRU yang memberi kekuatan kepada kerajaan, kenapa perlu diberikan kuasa menentukan berita itu palsu atau tidak kepada mahkamah.

“Kenapa tidak kerajaan bawa undang-undang ini dan letakkan menteri atau kerajaan, agensi sebagai kata putus berita itu benar atau tidak,” kata beliau lagi.

Sementara itu, Azalina berkata Pengerang bakal mendapat dua mahkamah baharu iaitu Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret bernilai RM25 juta, yang dijangka siap dibina menjelang tahun 2020.

“Banyak elemen-elemen pembangunan peringkat antarabangsa akan berlaku. Jadi persediaan dari segi mahkamah dan hakim perlu dan wajar diadakan,” katanya.

Kedua-dua mahkamah berkenaan akan dibina di atas tapak seluas 0.809 hektar di Bandar Penawar, dekat sini dengan pembinaan dijangka bermula September ini.

Azalina berkata pembinaan kompleks mahkamah itu menunjukkan komitmen tinggi kerajaan yang sentiasa berpandangan jauh dalam merancang keperluan pembangunan infrastruktur fizikal mahkamah.

Bangunan setinggi dua tingkat berciri moden itu akan dilengkapi satu bilik bicara Mahkamah Sesyen dan satu bilik bicara Mahkamah Majistret selain dilengkapi kamar hakim, pejabat pendaftaran dan pentadbiran, ruang awam dan komersial serta ruang bagi pengurusan polis serta orang kena tahan. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Azalina Othman Said
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Dapati Mohd Nazlan Langgar Kod Etika Hakim – Azalina

SPRM Dapati Mohd Nazlan Langgar Kod Etika Hakim – Azalina

06/04/2023
0

SHAH ALAM - Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali didapati melanggar Kod Etika Hakim dan mempunyai konflik kepentingan...

RUU Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 Diluluskan

RUU Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 Diluluskan

29/03/2023
0

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 bagi menambah baik dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd