• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zoo Taiping Berjaya Biak Burung Upeh

oleh AK-47
12/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAIPING – Zoo Taiping & Night Safari di sini berjaya membiak hampir 41 ekor anak Burung Botak Upeh menerusi program pembiakan sejak beberapa tahun lalu.

Pengarah Zoo berkenaan Dr Kevin Lazarus berkata program pembiakan ini membabitkan 10 ekor dari Zoo Negara di Hulu Klang Selangor dan dua ekor dari Taman Burung Jurong di Singapura.

Beliau berkata pihaknya telah melepaskan 12 ekor burung berkenaan dan daripada jumlah itu, 10 ekor burung ini kekal berada di kawasan Zoo.

“Melihat kejayaan burung ini untuk terus hidup, pada tahun lepas pihaknya telah melepaskan empat ekor bagi tujuan kajian.

“Ini merupakan salah satu usaha program konservasi dan kini burung yang dilepaskan itu telah membuat sarang di dalam kawasan zoo sebagai persediaan untuk bertelur dan membiak,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kevin berkata program pembiakan Burung Botak Upeh ini akan membantu proses pertambahan populasinya dan mengelakkan spesis burung itu daripada pupus.

Selain itu, katanya seekor anak Orang Hutan jantan telah dilahirkan di zoo ini pada 22 Dis tahun lalu.

Menurut beliau, anak Orang Utan yang beratnya 1.4kg hingga 1.5kg itu dilahirkan oleh ibunya yang bernama Wasabi, seekor Orang Utan dewasa berusia 16 tahun.

Katanya Wasabi telah dilahirkan di Zoo Taiping pada 25 Ogos 2002 dan dengan persetujuan dengan Zoo Singapura , seekor Orang Utan jantan daripada zoo itu telah dipinjamkan ke sini untuk tujuan pembiakan.

“Setiap ekor anak Orang Utan yang lahir akan hidup bersama ibunya selama tujuh tahun dan bercerai susu sekitar umur empat tahun.

“Ini merupakan anak Orang Utan kedua yang dilahirkan d sini dan sehingga kini terdapat empat ekor Orang Utan di Zoo Taiping & Night Safari. – BERNAMA

Tags: Burung Upeh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd