• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Kompromi Ahli, Pemimpin UMNO Langgar Disiplin

oleh AK-47
12/04/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Anggota UMNO diingatkan agar menjauhi perbuatan sabotaj atau perbuatan yang boleh melemahkan parti menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO Tan Sri Abdul Ghani Othman dalam satu kenyataan hari ini berkata pihaknya tidak akan berkompromi serta akan mengambil tindakan tegas jika didapati ada pihak yang melanggar atau tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

“Lembaga Disiplin UMNO telah bersiap sedia untuk bertindak ke atas mana-mana pemimpin dan anggota UMNO yang melakukan kesalahan sabotaj parti menjelang PRU14. Tindakan tegas termasuk pecat dan gantung keahlian akan diambil dalam tempoh berkempen,” katanya.

Jelasnya, tindakan yang bakal diambil adalah berdasarkan kepada aduan yang dibuat oleh anggota UMNO, namun sebelum memutuskan apa-apa hukuman, Lembaga Disiplin akan menjalankan siasatan secara terperinci dan membuat keputusan berdasarkan kepada bukti yang kukuh.

“Saya juga menyeru kepada semua anggota UMNO di seluruh negara supaya bersatu padu dan menyokong siapa sahaja yang telah dipilih sebagai calon oleh pucuk pimpinan parti.

“Jika ada yang tidak terpilih, sebagai calon, hendaklah berlapang dada dan tidak sabotaj parti. Utamakan kepentingan parti melebihi kepentingan peribadi dan inilah semangat kepartian yang harus ada kepada setiap anggota UMNO,” katanya.

Beliau turut menyenaraikan beberapa contoh kesalahan kes sabotaj parti seperti yang pernah berlaku dalam pilihan raya sebelum ini, antaranya:

Mengadakan kenduri dan menganjurkan mesyuarat bagi mengisytiharkan dan membantu calon pembangkang; memberi wang sogokan kepada pengundi yang bertujuan untuk mensabotaj calon Barisan Nasional (BN); menjadi ejen, pelobi, dan pengurus kempen atau perayu undi kepada calon lawan; serta memfitnah kepimpinan parti atau mengeluarkan kenyataan keras mengkritik di dalam akhbar dan secara langsung memberi sokongan penuh kepada pembangkang.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan pengundian PRU14 pada 9 Mei. – BERNAMA

Tags: Tan Sri Abdul Ghani Othman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd