• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Pantau 23 Kawasan Panas Di Perak

oleh AK-47
12/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SELAMA – Polis mengenal pasti 23 kawasan panas di Perak untuk dipantau supaya tidak timbul sebarang ancaman kepada ketenteraman awam pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

Ketua Polis Negeri Datuk Hasnan Hassan berkata daripada jumlah itu, sebanyak empat kawasan dianggap paling panas dan pihaknya akan memantau dengan teliti supaya tidak berlaku kekacauan.

Bagaimanapun beliau enggan mennamakan kawasan paling panas itu.

Malah jelas beliau, seramai 440 individu yang berpotensi menimbulkan ancaman kepada ketenteraman awam juga akan diawasi pada pilihan raya umum kali ini.

“Daripada jumlah itu, 43 orang akan menjadi keutamaan kelas satu termasuk penyokong parti politik. Kita akan kawal dan pantau mereka kerana pernah terlibat dalam PRU serta boleh mengancam ketenteraman awam pada PRU 14 ini,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kontinjen Polis Perak dan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Selama baharu di sini hari ini.

Hasnan berkata pihaknya akan menggerakkan 90 peratus daripada 8,709 pegawai dan anggota polis untuk bertugas pada PRU 14.

“Kita juga mendapat tambahan 700 pegawai dan anggota pangkat rendah yang diberikan oleh Bukit Aman untuk bertugas di negeri ini dan jumlah itu adalah mencukupi bagi menghadapi PRU 14,” katanya.

Sehubungan itu beliau menasihatkan kepada bakal calon dan agen calon supaya sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan semasa PRU 14 agar tidak melakukan perkara yang mungkin menjejaskan ketenteraman awam.

“Kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak dan akan bertindak tegas terhadap mereka yang melakukan kesalahan,” katanya.

Sementara itu Pegawai Ajutan Batalion 2 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kulim DSP Mohd Sabri Saad, 44, dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Selama bagi menggantikan DSP Loo Lian Lay, 60, yang bersara wajib pada 15 April ini.

Hasnan turut menyaksikan kedua-dua mereka menandatangi watikah serah terima tugas. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Apakah Najib Bebas Penjara Minggu Depan?

Apakah Najib Bebas Penjara Minggu Depan?

22/05/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR — Dakwaan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak bakal dibebaskan dari penjara minggu depan atau bulan...

Malaysia Negara Ke-7 Paling Dipercayai Dunia, Rakyat Yakin Kepada Pemimpin – Nga Kor Ming

Malaysia Negara Ke-7 Paling Dipercayai Dunia, Rakyat Yakin Kepada Pemimpin – Nga Kor Ming

22/05/2026
0

PUTRAJAYA – Malaysia kini berada di kedudukan ketujuh negara paling dipercayai di dunia berdasarkan laporan 2026 Edelman Trust Barometer. Menteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd