• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nidzam Adzha Sah Sebagai Ketua Jurulatih Kedah

oleh Ahmad Albab
12/04/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JITRA – Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) hari ini mengesahkan bahawa pemangku Ketua Jurulatih Kedah, Mohd Nidzam Adzha Yusoff dilantik memegang jawatan ketua jurulatih Kedah untuk membimbing pasukan berkenaan merangkul kejuaraan dalam saingan Liga Malaysia musim ini.

Setiausaha Kehormat KFA Datuk Aminuddin Omar berkata surat rasmi mengenai pelantikan itu akan dikeluarkan dalam sehari dua ini.

“Kita yakin dengan pengalaman luasnya itu mampu membantu pasukan melakar kemenangan. Saya juga yakin dalam perlawanan menentang Selangor di Stadium Darul Aman, esok, dia mampu lakukan sesuatu untuk kembalikan semula kepercayaan peminat kepada pasukan dan pengurusan KFA,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Chit Chat Ekspresi Ilmu di sini, hari ini.

Pada 28 Mac lepas, Ketua Pegawai Eksekutif KFA Yusdi Madeinus Mohamad Yunus dalam satu kenyataan berkata Mohd Nidzam Adzha dilantik memangku jawatan Ketua Jurulatih pasukan itu yang disandang Ramon Marcote sebelum ini.

Marcote pula diberi tugas baharu iaitu sebagai Ketua Jurulatih Pembangunan Bola Sepak KFA bagi membantu memberi nasihat demi pembangunan pasukan dan bola sepak negeri.

Bagaimanapun, Aminuddin berkata pihaknya masih menunggu keputusan Marcote sama ada beliau mahu atau tidak menerima tawaran itu.

“Dia (Marcote) masih berbincang dengan pengurusan KFA mengenai kedudukannya dan tawaran yang diberikan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Kedah FAMohd Nidzam Adzha Yusoff
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kedah FA Jangan Tuding Jari, Tipu Penyokong – TMJ

15/04/2020
0

KUALA LUMPUR - Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan bahawa pemain Kedah sendiri yang bercerita mengenai masalah...

Nidzam Kecewa Pemain Gagal Manfaat Kelebihan Tempat Sendiri

06/08/2018
0

ALOR SETAR - Ketua jurulatih Kedah Mohd Nidzam Adzha Yusoff kecewa apabila kesebelasan pemain utamanya gagal memanfaatkan peluang beraksi di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd