SESIAPA yang menyaksikan program realiti Mentor Legend Ahad lalu pasti mengetahui insiden Adira terjatuh sewaktu hendak meninggalkan pentas selepas membuat persembahan dengan protege Mas Idayu, Tuah.
Gaun kuning yang dipakainya agak labuh jadi ia mungkin punca yang membuatkan penyanyi berkulit cerah itu terjatuh.
Nasib baiklah hos program Awal Ashaari segera bertindak gentleman membantu Adira bangun semula.
Pengacara nombor satu negara Datuk Aznil Nawawi kemudiannya dilihat memuatnaik tweet bagi memberikan sokongan kepada Adira sejurus selepas insiden berlaku, memujuknya supaya tidak berasa malu meskipun kejadian tersebut ditonton seluruh Malaysia.
Biasalah tu kalau dah live show, diharapkan Adira lebih berhati-hati ketika menyarung busana yang terlalu labuh selepas ini agar perkara sama tidak berulang.
Lagipun insiden ini tidak sedikit pun mengurangkan sokongan peminat buat penyanyi bersuara merdu ini kan, tak gitu? -MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=ysjWqqYEVu4


