• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Serah Nasib Kepada Pucuk Pimpinan BN Tentukan Kerusi

oleh Ahmad Albab
12/04/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron menyerahkan nasibnya kepada pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) untuk menentukan kerusi yang bakal ditandingi pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) ini.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan BN negeri itu berkata buat masa ini, kemenangan besar parti pada PRU14 lebih menjadi keutamaan berbanding kehendak peribadi.

“Setakat hari ini saya masih Pengerusi Perhubungan negeri, apa pun berlaku saya memegang amanah yang diletakkan pada bahu saya ketika ini.

“Sebagai Pengerusi Perhubungan negeri, Ketua Menteri dan Pengarah Pilihan Raya Umum BN Melaka, tanggungjawab saya ialah memastikan kemenangan BN pada PRU14,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan perjumpaan khas bersama kira-kira 58 ketua cawangan UMNO Bahagian Tangga Batu di sini, tengah malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kedudukannya sama ada untuk bertanding pada kerusi dewan undangan negeri atau parlimen pada PRU14 ini.

Mengulas lanjut, Idris yang juga Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu berkata pemimpin pada semua peringkat termasuk akar umbi, diminta memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada calon yang diputuskan pucuk pimpinan tertinggi BN.

“Saya juga minta semua supaya berlapang dada dan memberi tumpuan untuk membantu kemenangan calon yang telah dipilih pada PRU14 nanti,” katanya.

Beliau berkata selain itu, ketua cawangan juga digesa mengelak terlibat dengan perbuatan sabotaj atau ‘cah keting’ pada semua peringkat struktur parti kerana ia bukan sahaja merosakkan imej parti, malah dikhuatiri menggugat kemenangan besar untuk BN.

“Saya yakin UMNO punca segala kekuatan, kelemahan, ancaman dan peluang kepada BN serta segalanya perlu ditangani secara bersama dan tuntas,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata Manifesto BN Melaka yang akan dibentangkan esok bakal membawa pelbagai impak besar dalam semua aspek dan peringkat masyarakat untuk tempoh lima tahun akan datang.

Idris berkata antaranya ialah kira-kira 10,000 peluang pekerjaan baharu bakal menanti penduduk negeri dengan jumlah pelaburan melebihi RM30 bilion.

Katanya keluaran dalam negara kasar juga dijangka meningkat antara 10 hingga 25 peratus menerusi pelbagai pembangunan awam dan swasta di negeri itu dalam tempoh tersebut.

“Manifesto ini bertemakan ‘Bersama Mencipta Kegemilangan’ dan ia mengambil masa lebih enam bulan untuk disiapkan serta telah mengambil kira pelbagai perkara yang akan memberi manfaat cukup besar untuk rakyat Melaka,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Idris HaronPRU-14
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRU15: BN Yakin Bentuk Kerajaan, Sokongan Lebih Baik Banding PRU14

PRU15: BN Yakin Bentuk Kerajaan, Sokongan Lebih Baik Banding PRU14

14/11/2022
0

KUALA LUMPUR : Barisan Nasional (BN) yakin dapat membentuk kerajaan serta memperoleh majoriti mudah 112 kerusi pada Pilihan Raya Umum...

PRU-15: Turunkan Bendera PH Kerana Menutup Pagar Hadapan Muzium Negara

PRU-15: Turunkan Bendera PH Kerana Menutup Pagar Hadapan Muzium Negara

11/11/2022
0

Kuala Lumpur : Tindakan individu menurunkan bendera parti Pakatan Harapan (PH) di hadapan Muzium Negara, di sini, kerana pemasangan bendera...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd