• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cermin Dipecah, Pemandu Wanita Cedera Disimbah Asid

oleh AK-47
12/04/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PORT DICKSON – Entah apa sebabnya, seorang wanita berusia 40-an cedera disimbah asid ketika berhenti di lampu isyarat berhampiran sebuah sekolah di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, mangsa yang memandu kenderaaan utiliti sukan (SUV) jenis Hyundai Santa Fe dikatakan dalam perjalan dari arah Lukut ke bandar ini sambil teman lelakinya.

Setibanya di lampu isyarat berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Jumaat, kenderaan mangsa secara tiba-tiba disergah dua lelaki menaiki motosikal dari sebelah kanan.

Salah seorang dari lelaki terbabit memecahkan cermin sebelah pemandu menggunakan objek keras dan menyimbah cecair berkenaan ke arah mangsa.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supretenden Zainudin ahmad berkata kedua-dua suspek kemudian memecut laju meninggalkan lokasi kejadian dan orang ramai yang menyaksikan insiden membantu mangsa yang mengalami kemalangan.

“Mangsa yang juga seorang kakitangan syarikat petroleum dikatakan melecur teruk di bahagian pipi, kedua-dua tangan, peha, perut dan betis.

“Wanita itu kemudian dikejarkan ke unit rawatan kecemasan di Hospital Port Dickson bagi menerima rawatan lanjut,” katanya.

Sementara itu teman lelakinya yang turut berada di dalam kenderaan itu bagaimanapun tidak mengalami kecederaan.

Katanya lagi, siasatan awal mendapati mangsa tidak mengenali suspek dan mendakwa tidak mengesyaki sesiapa dalang kejadian itu.

Kes disiasat bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: asiddendam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kontraktor Tetak Rakan Guna Sabit

Kontraktor Tetak Rakan Guna Sabit

26/06/2023
0

SUNGAI PETANI: Dendam lama menjadi punca seorang lelaki ditetak menggunakan sabit hingga cedera parah oleh kenalannya dalam kejadian di tepi...

Kesan Asid Ditemui Di Kediaman Konsul Arab Saudi

08/11/2018
0

DOHA - Sumber dalaman pejabat peguam negara Turki, hari ini mendedahkan bahawa pasukan penyiasat menemui kesan asid hidroflorik dan beberapa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd